Jom Kite Kahwin... hehe..



Hye, Assalammualaikum readers...

Hehe.. nampak tajuk kat atas tu? Ha, mesti korang tertanya-tanya kan betul ke Nur ni nak kahwin. hohoho...

Yup, memang Nur nak kahwin but not todaylah. Perhaps it will be another 6 years later. Siapa tak nak kahwin? Mestilah semua nak kahwin kan. Nabi tak nak ngaku umat tau kalau kita berniat tak nak kahwin sebab seolah-kita kita tak nak bersama-sama membantu meramaikan lagi umat islam. ayoo.. tu dah tahap dangerous tau kalau nabi kita sendiri tak nak ngaku kita umatnya. Baik fikir masak-masak dulu sebelum cakap. hihi^^

Semangat nak kahwin ni tetibe je muncul lepas Nur ter tengok program tentang kahwin-kahwin kat TV3 tadi. Tetibe je Nur tersengih sorang-sorang macam kucing yang kemiangan kat depan tv tadi sambil membayangkan putera idaman Nur. hoho.. Nasib baik takde sesape kat rumah tadi. Kalau tidak confirm dah kena booo tadi..

Okaylah stop cerita pasal tadi, nanti kalau sambung habis satu page ni pun belum cukup Nur melalut. hihi^^ Biasalah bab kahwin, sape tak suka kan? (adeii.. ayat menggatal )

Sekarang Nur nak kongsi Doa untuk yang bakal bergelar pengantin agar rumah tangga korang aman bahagia hingga ke syurga. Amin...



Keberkatan dalam bab kahwin ni memang perlu kita pinta dan usahakan bersungguh-sungguh. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud, Rasulullah SAW menyaran sebuah doa yang elok dibaca oleh pengantin dan orang-orang yang datang meraikan mereka pada hari perkahwinan. 




Sabda Rasulullah SAW:
"Dan ucapkanlah 'Ya Allah, berilah berkat untukku pada keluarga/isteriku dan berilah berkat untuk mereka pada diriku. Ya Allah, kumpulkanlah kami selama engkau mengumpulkannya dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika memang engkau memisahkannya dengan kebaikan".
(Riwayat Ibnu Abu Syaibah & Abdurrazaq & At-Tabrani).

Dalam satu hadis yang lain, Nabi SAW menyarankan agar pengantin lelaki mendoakan keberkatan & kebaikan ke atas perempuan yang dinikahi, iaitu hadis diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Amir Ibnul Ash' mengambarkan sabda Rasulullah:
"Apabila salah seoarang daripada kalian menikahi seorang wanita atau membeli seorang budak, hendaklah dia mengucapkan: 'Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau ciptakan dia di atasnya dan aku berlindung kepada-Mu daripada kejelekannya dan kejelekan apa yang Engkau ciptakan dia di atasnya....(hingga akhir)'."




Nota Hati Nur^^ ---> Selamat Melayari Alam Rumah Tangga :)


4 Orang mengomel

  1. tajuk hot gitu . hehe. dulu kat skolah , ustazah slalu pesan ..jngan dah nk kawen bru nk mula doa ..tapi start dari skang :) hehe. kita tak tahu bila Allah akan makbulkan doa kita, kan. Keep praying :D

    ReplyDelete
  2. hehe! yup. Nur stju dgn Adibah. kte mmg kne mla doa drpd awal agar dikurniakan jodoh yg terbaik. amin.. :)

    btw, ats nasihat tu. ^^

    ReplyDelete
  3. perghh sangat suka entry ni Nur (tumpang TERsengih sekali):D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. trima kasih krna suka.
      jom lah sengih skali. hoho ^^

      Delete