Kisah Encik Rokok & Puan Tulang




Bismillah, Assalammualaikum readers ^^


Malam ni Nur nak kongsi sikit kisah tentang EN.ROKOK & PN.TULANG. So, tunggu apa lagi? Jom lah check it out :)

Kajian yang dilakukan oleh Pengarah Makmal Fungsi Genomik dan Proteomics, Pusat Penyelidikan Osteoporosis, Universiti Creighton, Omaha, Amerika Syarikat (AS), Gary Guishan Xiao dan kumpulannya menunjukkan kajian sebelumnya mencadangkan toksin dalam asap rokok melemahkan tulang.

Ini memberikan kesan ke atas aktiviti osteoblasts iaitu sel yang membina tulang baru dan osteoclasts iaitu sel yang menyerap semula atau memecahkan tulang lama.

hehe ^^

ingat rokok itu bahaya tau kawan-kawan


Proses yang melemahkan tulang iaitu osteoprosis, boleh meningkatkan risiko patah dan menyebabkan tidak upaya di kalangan warga emas.

Saintis menganalisis perbezaan dalam aktiviti genetik dalam sel sum-sum tulang perokok dan bukan perokok.
Mereka mendapati perokok menghasilkan dua jenis protein terlalu tinggi daripada biasa yang mengawal pengeluaran osteoclasts.

See, betapa bahayanya aktiviti merokok ini kepada kita. Bukan sahaja penyakit paru-paru & segala sistem badan down. Tapi dalam diam-diam, merokok dan asap rokok juga boleh melemahkan sekaligus melumpuhkan tulang badan kita. So, watch out readers.




Nota Hati Nur ^^ ---> So, moral of the story. Jauhilah kegiatan merokok & perkara yang sewaktu dengannya k . Sayangilah diri anda & takmo lah bahayakan nyawa orang lain dengan asap rokok korang tu k . Peace ! Selamat bersahur :)


2 Orang mengomel

  1. betul tu...merokok membahayakan kesihatan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thu xpe, bukn kesihatan penghisap rokok je yg terjejas. kte yg hanya terhidu asap rokok lagi teruk effect dia. so, berhenti mrokok ! hihi^^

      Delete