Monday, December 31, 2012

Wow .. Kilat Giler kuku awek tu ..


Bismillah .. Assalammualaikum ...



Cantik tidak semestinya hanya terletak pada wajah . Kuku pun perlu kelihatan cantik . Siapa kata nak cantik ni hanya pada wajah ? Penjagaan kuku tangan & kaki sangat penting bagi individu yang meningkat remaja . Selain kelihatan menarik , kuku yang bersih juga menjamin kesihatan yang sempurna . Nak tahu tip-tip penjagaan kuku & kaki yang betul ? Jom baca artikel seterusnya ! ^^



Jom Kenali Kuku Kamu ^^

Kuku adalah keratin protein yang boleh ditemui dalam kulit & rambut . Kuku terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :

1. Nail Plate - Lapisan kuku yang paling atas .

2. Nail Bed & Matrix - Kawasan di bawah kulit kuku (culticle)

3. Lunula - Bahagian pangkal kuku yang berwarna putih &b berbentuk seperti bulan sabit .

4. Kulit kuku - Juga dikenali sebagai culticle . Ia adalah tisu yang bertindan antara lapisan pangkal & bingkai kuku .

5. Lekuk kuku (nail folds) - Lekuk kulit yang membingkai & menyokong kuku .






Sebab Kuku Menjadi Rosak ??? Why ? Why ? Why ? =.=

Kuku boleh menjadi rosak jika :

  • jangkitan kulat dan bakteria
  • mengalami kecederaan
  • tabiat suka mengigit kuku



Kesan kuku rosak
  • Kuku menjadi tidak cantik & kusam
  • Merasa sakit & tidak selesa
  • Warna kuku berubah & tidak sihat
  • Tekstur kuku menjadi kasar
  • Bentuk kuku berubah
  • Nail plate akan hilang




Tip mendapatkan kuku tangan dan kaki yang cantik ^^
  • Pastikan kuku sentiasa pendek, kering dan bersih.
  • Buang tabiat suka mengigit kuku .
  • Amalkan penggunaan losyen pada tangan & kaki .
  • Makan banyak buah-buahan & protein .
  • Banyakkan meminum air masak .
  • Jangan potong kuku terlalu pendek kerana ia akan mendatangkan luka & rasa sakit .
  • Lap celah jari kaki terutamanya selepas mandi .
  • Pakai stokin yang diperbuat daripada kain kapas & tukar stokin sekerap mungkin .
  • Gunakan semburan / bedak anti fungus pada kaki & bahagian dalam kasut agar kasut sentiasa kering .

Huhu . so , aku harap korang dapat sedikit sebanyak info tentang penjagaan kuku kaki & tangan korang . Yelah , kadang- kadang kuku yang tak sihat boleh membawa kepada bau kaki yang busuk terutamanya kepada individu yang kerap memakai stokin . Even , muka korang handsome / beautiful tahap dewa pun , kalau bab camni pun korang tak boleh nak handle  memang payoh .. so , Jom jaga kuku kita ^^


Nota Hati Nur ---> Happy New Year untuk semua pencinta blogger & semua makhluk Allah . Semoga tahun baru ni membawa makna & rahmat yang lebih baik untuk kita ^^

Saturday, December 29, 2012

Amalan Istimewa Untuk Bakal Pengantin ^^

Bismillah .. Assalammualaikum ...

dah kahwin , baru lah boleh main salji hok gini :P



Huhuhu .. seronoknya lah kan kalau kita dah dapat jumpa dengan pasangan rusuk tulang kita . Hihi ^^ Indahnya lah ciptaan & kejadian Allah ni . Kite disuruh tunggu & sabar demi mencapai hikmah yang paling besar dalam hidup kite . hohoho . Xsabor plak eden :P


Hah .. hari ni Nur nak share sedikit tips / amalan untuk bakal pengantin . Yup ! Moga - moga dengan tips / amalan ni dapat memanjangkan lagi kebahagian & rahmat dalam melayari hidup berumah tangga korang nanti . lol ~ let's check it out ^^


Sweet kan ? hihi ^^

Amalan Istimewa Untuk Bakal Pengantin ^^


  • Baca surah Al-Waqiah setiap hari terutama bagi bakal pengantin perempuan agar terselamat daripada gangguan manusia & sebagainya .
  • Baca surah Yasin setiap hari selepas subuh .
  • Amalkan membaca tiga Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Nas) .
  • Zikir Tasbih Fatimah (Subhanallah 33 kali, Alhamdulilah 33 kali, Allahuakbar 33 kali) setiap malam terutama bagi wanita kerana orang yang ingin berkahwin memerlukan banyak tenaga untuk menguruskan perkahwinan .
  • Khatam Al-Quran . Sebolehnya , biarlah bakal pengantin betul - betul khatam Al-Quran menjelang perkahwinan mereka, bukannya mengadakan majlis khatam semata - mata .


Nota Hati Nur ---> Hehehe .. Selamat melayari alam rumah tangga you alls ^^

Friday, December 28, 2012

Khasiat Anggur Cegah Kanser


Bismillah .. Assalammualaikum ...




Hari ni kite buka topik pasal kesihatan kejap k. hehe.. Maklumlah, semenjak dua menjak dok umah ni, rasa kesihatan macam tak menentu je . Yelah , just dok relax saje . hohoho . (kantoi plak sifat kemalasan aku disitu) :P


Hemm, korang tahu tak anggur ni merupakan salah satu buah yang amat bernilai serta berguna untuk kesihatan kita . Anggur ni asalnya berwarna merah gelap , namun lama-kelamaan terdapat beraneka warna yang terdiri daripada warna keemasan , kebiruan , ungu , hitam & hijau .


In fact , kat dalam al-Quran , Allah menyebutnya sebanyak 8 kali . Antara firman-Nya :
"Di bumi ada beberapa daerah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya seperti subur, tandus , banyak air & sebagainya ); dan padanya ada kebun-kebun anggur, pelbagai jenis tanaman serta pohon-pohon tamar yang berumpun dan yang tidak berumpun dan yang disiram dengan air yang sama . Kami lebihkan sesetengah buah daripada sesetengahnya yang lain dari segi rasanya . Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang (mahu) berfikir (serrta memahaminya)." (Ra'd:4)
                                      

"Kemudian kami tumbuhkan untuk kamu dengan iar ituy kebun-kebun tamar dan anggur . Kamu beroleh di dalam kebun-kebun itu buah-buahan yang banyak & daripada buah-buahan itu kamu makan ." (Al-Mukmin:19)


Khasiat Anggur >.<

1. Antioksidan

Antioksidan ialah molekul khas yang boleh menghalang oksidasi molekul-molekul lain . Penuaan adalah hasil daripada tubuh yang mengalami oksidasi berterusan . In fact , molekul berbahaya yang kita panggil radikal bebas mempercepatkan lagi proses penuaan , even boleh menyebabkan kanser . So , antioksidan daripada anggur ini melambatkan penuaan & menentang radikal bebas sekaligus boleh dijadikan bahan untuk awet muda . hehe . so , pasni sape2 yang rase nak muda jelita selalu2 lah makan anggur k ^^

2. Resveratrol

Resveratrol yang terdapat di dalam anggur adalah merupakan nutrien penting yang berkesan mencegah & merawat kanser . Dalam kajian saintifik , resveratrol daripada anggur merah boleh melambatkan pertumbuhan sel - sel kanser prostat . Ada juga data saintifik yang mengatakan nutrien daripada anggur menggalakkan kesihatan otak & melambatkan penyakit neurodegeneratif .

3. Antosianin

Antosianin adalah sejenis antioksidan polifenolik . Antosianin sangat padat dalam anggur merah serta mempunyai aktiviti anti alahan , anti inflamasi , anti mikrob & anti kanser .

4. Mineral & Vitamin

Anggur mempunyai sumber mineral mikro nutrien seperti kuprum , zat besi & mangan . Anggur juga adalah sumber Vitamin C , Vitamin A , Vitamin K , Karotena , Vitamin B kompleks sperti piridoksin , riboflavin & tiamin .



Manfaat Kesihatan

1. Baik untuk jantung

Anggur ni sangat bermanfaat dalam merawat penyakit jantung . Anggur berkesan dalam merawat kesakitan kardiak akibat denyutan pantas jantung . Penyakit ini dapat dikawal jika pesakit mengamalkan diet anggur special untuk beberapa hari ataupun boleh juga dibuat jus anggur . yummy ^^

2. Melancarkan sistem penghadaman

Anggur mudah dihadam & boleh mengurangkan sembelit . Gabungan selulos , gula & asid organik dia dalamnya bertindak sebagai pelawas yang membersihkan usus , serta melegakan kebanyakan kes kronik yang berkaitan dengan sembelit . Bagi merawat sembelit , seseorang itu perlu memakan 350 gram anggur sehari untuk mencapai hasil yang diperlukan . Jika tiada anggur , boleh juga dimakan kismis dengan cara merendamkannya di dalam air sebelum dimakan kerana kismis adalah anggur yang dikeringkan .

3. Baik untuk kanak - kanak

Kanak - kanak yang sedang membesar sangat elok diberi makan anggur kerana anggur turut dikenali sebagai buah yang membina darah . Oleh sebab anggur amat membantu dalam mengatasi sembelit , maka kanak - kanak kecil yang mengalami kekejangan akibat sembelit juga digalakkan diberi makan anggur . Anggur juga amat berkesan mengurangkan kesakitan kanak - kanak yang meragam kerana pertumbuhan gigi .

4. Baik untuk kesihatan mulut

Piorea ialah penyakit gusi yang menyebabkannya kecut & gigi goyah . Asid organik daripada anggur merupakan antiseptik yang kuat & berkesan mengubati penyakit ini . Mengamalkan diet anggur yang ekslusif untuk beberapa minggu dapat mengukuhkan kembali kedudukan gigi pada rahang & menghilangkan racun piorea .

5. Melancarkan fungsi hati

Anggur mengaktifkan fungsi hati untuk merangsang fungsi glikogenik & perembesan hempedu . Justeru , anggur amat bermanfaat dalam mengubati pelbagai gangguan hati .



Tips Memilih & Menyimpan Anggur 

1. Apabila membeli anggur , pilihlah yang masih pejal , tidak berkedut & kulitnya masih berkeadaan baik. Buahnya tidak merekah mahupun melekit dengan jusnya .

2. Pilih buah yang masih kuat dengan ranting . Ranting yang segar & kelihatan hijau .

3. Untuk pastikan kesegarannya , angkat gugus buah anggur & goncangkan sedikit . Buah yang segar tidak akan jatuh dengan mudah .

4. Beli buah yang masak secukupnya namun masih segar . Anggur hijau yang sepatuynya masih dalam warna kuning samar . Anggur jenis merah pula sepatutnya berwarna cerah . Manakala anggur jenis ungu & hitam & biru gelap  (blue black) sepatutnya benar-benar gelap warnanya .

5. Sentiasa aimpan anggur di dalam peti sejuk kerana anggur muda rosak pada suhu bilik .

6. Basuh anggur & balut secara longgar dengan tisu dapur & masukkan ke dalam plastik berzip .


Nota hati Nur ----> So , tggu pe lagi ?? Moh ler kita ramai gi borong anggur kat pasar & amalkan gaya hidup sihat ^^





Tuesday, December 25, 2012

Percayalah pada janjinya ...

Bismillah .. Assalammualaikum ..



Ingatlah
Bila realiti tak seindah yang kita harapkan,
Bila hati mulai rasa kosong,
Bila langit mula menampakkan mendungnya,
Bila jiwa mulai terluka,
Bila hujan mula menyimbah ke pipi,
Bila rindu semakin berpanjangan,
Bila benci mulai berakar...

Bila segala-galanya punah..
hancur..
berkecai...

Mungkin akan datang..
akan muncul...
sesuatu yang lebih baik untuk kita..

Percayalah pada janjinya..



Hati : hemmm, Kenapalah hidup aku sentiasa dilanda musibah? why? apa? kenapa? Jahat sangat ke aku ni sampaikan tak boleh nak dapatkan kebahagiaan & capai semua impian aku?

Jiwa : Haippp, tak baik kau cakap macam tu. Mungkin ada hikmahnya semua ni terjadi. Mungkin ada something yang lebih awesome ALLAH nak hadiahkan untuk kau.

Hati : But.. why it takes such a long time?

Jiwa : I'm sorry, but you have no right to put a doubt with that.

Hati : I'm always thinking and thinking .. what makes my life turn messy?
Am I still not good enough to get what I want?

Jiwa : I'm afraid so.. because there is no one perfect in this world.. Perhaps, you still need to update your iman in each second and keep praying to God. Insya-allah.. your dreams will comes true ^_^

------>Sincerely from the deep of my heart ^^

Friday, December 21, 2012

Aku setia menantimu sayang :)


Bismillah .. Assalammualaikum ...



Jika cinta dia,
jujurlah padaku..

Tinggalkan aku di sini 
tanpa senyuman..

Jika cinta dia,
lupakanlah diriku...

Hei, hei ..
jiwang pulak kita hari ni ..
Maklumlah, hidup orang single.
Confirm2 lah asyik teringat kenangan lama..
hohohoho...



Nota Hati ---> Aku setia menantimu bakal suamiku :)

As life goes on...


Bismillah ... Assalammualaikum ..

Shit Happen, but life still go on..


As life goes on,
I tries my best to make myself happy..
eventhough you are not by my side..

As life goes on,
I tries my best to be though,
eventhough you are still not by my side..

As life goes on,
I tries my best just to keep loving you,
eventhough you might have forgot me..

As life goes on,
I tries my best just to keep you in my heart,
eventhough you might have throw me away..

As life goes on,
I realize that it's really hard for me to delete all the
memories that we have create together..

Those memories are the precious gift I ever had ..
Missing you is the hardest pain I have got..