Life's of Princess.

        “ Alamak dah terlambat, habislah aku kali ni. Mesti kena bomnya dengan Mr. Jack.” bisik Eisya di dalam hatinya sambil kakinya laju melangkah naik ke aras 4, S.M.K. Tunku Abdul Razak (1). Tiba-tiba…

        Buk!!! “ Aduh, sakitnya bahu aku” luah Eisya tanpa memandang ke arah pelajar lelaki yang melanggarnya tadi lalu dia berlalu dengan serta merta.

         Setibanya di kelas pula, dilihat semua rakannya sedang menumpukan perhatian kepada apa yang diajarkan oleh seorang guru lelaki yang tinggi lampai dan berdada bidang itu. Kadang-kadang terdetik di hati Eisya mengapa gurunya yang mengajarnya mata pelajaran bahasa Inggeris itu tidak memilih profesion untuk menjadi model sebagai kerjayanya.

         Tuk..Tuk..Tuk..!!!
         “ Well, class. Hari ni Princess Eisya kita lambat bangun lagi nampaknya, alasan apa pulak dia nak bagi pada kita pada hari ini ya? Dayang tak kejutkan bangun pagi atau jam locengnya tak menjerit menyuruhnya bangun” sindir Mr. Jack dengan slang Londonnya sehingga pelajar Kelas 3 Alexander riuh-rendah dengan gelak ketawa.
         “ Good morning sir. I`m sorry I`m late. I promise this accident will not happen again. ”
         “ Alright, this time I forgive you but once again you make it. I will punish you.
Ok, now go back to your seat. Class let us continue our lesson. Turn to page 46 and try to read the conversation slowly”.
         “ Wei Eisya, kenapa kau lambat lagi hari ni? Ada `hot new` ni… nak dengar tak? ” ujar Zetty separuh berbisik.
         “ Alah, kau ceritalah kat kantin nanti, karang kalau kau cerita kat sini tak pasal-pasal aku kena menyanyi lagu arab slang London. Ish, tak nak aku”.
          Kring…kring…kring…Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula.
Eisha, Shirah dan Zetty sudah pun berjalan beriringan menuju ke kantin sekolah mereka.
  
         “ Sorry`lah, tadi kereta daddy aku rosak tengah jalan lepas tu pulak aku terlanggar dengan seorang mamat mereng kat tangga tadi. Habis berterabur buku aku jatuh dekat tangga tadi. Aduhai, `what a nice day?` Eh, tadi kau cakap ada `hot new` ceritalah kat aku. Aku pun nak dengar jugak Zetty”.
         “ Tadi aku dengan Shirah pergi merayau kat bilik guru. Mulanya nak hantar buku latihan Shirah pada Pn. Zaleha tapi bila dah sampai sana, Shirah cakap dia tertinggal buku tu kat kelas. So, dah alang-alang menyeluk pekasam biar ke sampai lengan. Betul tak? ”.
          “ Betul, betul, betul ” balas Eisya sambil meniru gaya Upin dan Ipin membuatkan rakannya hampir tergelak.
          “ Eh, bukannya salah aku pun tau buku tu nak tertinggal. Dah buku tu takde kaki, macam mana dia nak berjalan. ” sampuk Shirah untuk membela dirinya.
          “ Yelah, aku tak cakap pun itu salah kau. So, kita orang pun merayaulah sampai ke pejabat. Lepas tu, kau kenal tak kerani yang nama dia Kak Mira tu bagitahu pada kita orang yang hari ni ada seorang pelajar lelaki nak masuk kat kelas kita. Muka dia memang `handsome`, aku dah tengok dah pagi tadi kat dalam `profile` dia. ” .
           “ Ish, kau ni Zetty tak cukup dengan seekor kumbang hinggap kat bunga. Kau nak tambah lagi seekor pulak ya, cukup ke nanti madunya?. ” seloroh Shirah sambil ketawa mengekek kerana berjaya mengenakan rakannya itu.
           “ Hey, korang ni tak baik tau ejek aku. Aku cuma bergurau sajalah, takkan lah aku nak terpikat dan memikat budak si Rizhie tu. Aku ni setia tau orangnya.” Ujar Zetty memuji dirinya sendiri.
           “ hurm, yelah tu. Kau tu macamlah boleh percaya sangat.”
           “ ek eleh, apesal lak tak boleh percaya? Kau tak puas hati dengan aku eh Shirah? ”
           “ eh, mana ada. Betul apa aku cakap.”
           “ Ei, dahlah tu korang. Asyik nak bergaduh je, macam anjing dengan kucing lah korang berdua ni tau. Jomlah kita pergi kantin dulu, aku laparlah.” Rengek Eisha macam anak kecil yang minta dimanjakan.
           “ Ish, kau ni Eisha asyik makan je tapi tak gemuk-gemuk juga.”
           “ Alah, tadi aku tak sempat sarapan lah kat rumah. Jomlah.” Ujar Eisha sambil mengajak kedua-dua orang rakannya turun ke kantin.

Setibanya Eisha di kantin, kelihatan ramai pelajar sedang bersesak-sesak untuk membeli makanan turut tidak terkecuali Eisha Erina dan rakan-rakannya yang sememangnya kuat makan. Konon nak jaga badan, dietlah, tapi sampai ke sudah azam mereka untuk kurangkan makan tu tak pernah berjaya. Maklumlah mereka semua mempunyai kadar metabolisme yang tinggi. Jadi sebannyak mana pun mereka makan, badan mereka akan tetap 'maintain' kerana kadar metabolisme yang tinggi dapat membakar kalori dengan cekap berbanding mereka yang mempunyai kadar metabolisme yang rendah.

Usai mereka membeli makanan, mereka terserempak dengan pelajar lelaki yang baru masuk ke kelas mereka pagi tadi iaitu Faiz. Faiz merupakan pelajar baru di SMK. Tunku Abdul Razak (1). Dia dipindahkan ke sekolah itu kerana mengikuti pekerjaan ayahnya yang sering berpindah tempat kerja. Tapi bagi anak muda yang bernama Faiz ini tidak mudah untuk dia mendapat kawan kerana wajahnya yang ala-ala Pak Arab itu mudah menambat hati orang yang memandangnya.

  "Hai, saudari. Terima kasih sebab sudah tolong saya masa di tangga tadi. Tak sangka pulak saya kita sekelas. Perkenalkan  saya Faiz. Saudari?" tanya Faiz sambil menghulurkan tangannya sebagai tanda salam perkenalan.

"Assalammualaikum, sama-sama. Sudah menjadi tugas kita kan membantu sesama muslim. Saya Eisha dan ini kawan-kawan saya Zetty dan Shirah." balas Eisha tanpa mempedulikan huluran tangan Faiz.

"Okaylah Faiz, kami nak masuk kelas dulu. Awak nak ikut kami sekali atau ...sendiri?"

"Hmm. takpe lah nanti saya masuk kelas sendiri. Korang masuklah kelas dahulu." jawab Faiz dengan nada perlahan. Ternyata hati kecilnya sedikit terluka apabila huluran salamnya tidak dipedulikan oleh Eisha. Belukm pernah ada gadis yang menolak huluran salamnya. Inilah kali pertama dia diperlakukan sedemikian rupa. Terkesima dia buat sementara waktu.

"ha..ha..ha.." berderai tawa mereka bertiga tatkala melihat muka Faiz yang terkesima saat salam huluran tangannya tidak disambut oleh Eisha. Mujurlah mereka sudah berlalu pergi daripada kantin tersebut. Kalau tidak mungkin sudah merah wajah Faiz apabila diperlakukan sebegitu oleh Eisha.

Setibanya di kelas, kelihatan Puan Mahani yang merupakan guru Biologi bagi pelajar Tingkatan