Wow .. Kilat Giler kuku awek tu ..


Bismillah .. Assalammualaikum ...



Cantik tidak semestinya hanya terletak pada wajah . Kuku pun perlu kelihatan cantik . Siapa kata nak cantik ni hanya pada wajah ? Penjagaan kuku tangan & kaki sangat penting bagi individu yang meningkat remaja . Selain kelihatan menarik , kuku yang bersih juga menjamin kesihatan yang sempurna . Nak tahu tip-tip penjagaan kuku & kaki yang betul ? Jom baca artikel seterusnya ! ^^



Jom Kenali Kuku Kamu ^^

Kuku adalah keratin protein yang boleh ditemui dalam kulit & rambut . Kuku terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :

1. Nail Plate - Lapisan kuku yang paling atas .

2. Nail Bed & Matrix - Kawasan di bawah kulit kuku (culticle)

3. Lunula - Bahagian pangkal kuku yang berwarna putih &b berbentuk seperti bulan sabit .

4. Kulit kuku - Juga dikenali sebagai culticle . Ia adalah tisu yang bertindan antara lapisan pangkal & bingkai kuku .

5. Lekuk kuku (nail folds) - Lekuk kulit yang membingkai & menyokong kuku .






Sebab Kuku Menjadi Rosak ??? Why ? Why ? Why ? =.=

Kuku boleh menjadi rosak jika :

  • jangkitan kulat dan bakteria
  • mengalami kecederaan
  • tabiat suka mengigit kuku



Kesan kuku rosak
  • Kuku menjadi tidak cantik & kusam
  • Merasa sakit & tidak selesa
  • Warna kuku berubah & tidak sihat
  • Tekstur kuku menjadi kasar
  • Bentuk kuku berubah
  • Nail plate akan hilang




Tip mendapatkan kuku tangan dan kaki yang cantik ^^
  • Pastikan kuku sentiasa pendek, kering dan bersih.
  • Buang tabiat suka mengigit kuku .
  • Amalkan penggunaan losyen pada tangan & kaki .
  • Makan banyak buah-buahan & protein .
  • Banyakkan meminum air masak .
  • Jangan potong kuku terlalu pendek kerana ia akan mendatangkan luka & rasa sakit .
  • Lap celah jari kaki terutamanya selepas mandi .
  • Pakai stokin yang diperbuat daripada kain kapas & tukar stokin sekerap mungkin .
  • Gunakan semburan / bedak anti fungus pada kaki & bahagian dalam kasut agar kasut sentiasa kering .

Huhu . so , aku harap korang dapat sedikit sebanyak info tentang penjagaan kuku kaki & tangan korang . Yelah , kadang- kadang kuku yang tak sihat boleh membawa kepada bau kaki yang busuk terutamanya kepada individu yang kerap memakai stokin . Even , muka korang handsome / beautiful tahap dewa pun , kalau bab camni pun korang tak boleh nak handle  memang payoh .. so , Jom jaga kuku kita ^^


Nota Hati Nur ---> Happy New Year untuk semua pencinta blogger & semua makhluk Allah . Semoga tahun baru ni membawa makna & rahmat yang lebih baik untuk kita ^^

2 Orang mengomel

  1. Sometimes, on-line on line casino websites are so unhealthy that it’s nearly inconceivable for an average consumer to search out 카지노사이트 all of the promotions or all the newest on line casino bonuses which are operating at any given time

    ReplyDelete