Khasiat Anggur Cegah Kanser


Bismillah .. Assalammualaikum ...




Hari ni kite buka topik pasal kesihatan kejap k. hehe.. Maklumlah, semenjak dua menjak dok umah ni, rasa kesihatan macam tak menentu je . Yelah , just dok relax saje . hohoho . (kantoi plak sifat kemalasan aku disitu) :P


Hemm, korang tahu tak anggur ni merupakan salah satu buah yang amat bernilai serta berguna untuk kesihatan kita . Anggur ni asalnya berwarna merah gelap , namun lama-kelamaan terdapat beraneka warna yang terdiri daripada warna keemasan , kebiruan , ungu , hitam & hijau .


In fact , kat dalam al-Quran , Allah menyebutnya sebanyak 8 kali . Antara firman-Nya :
"Di bumi ada beberapa daerah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya seperti subur, tandus , banyak air & sebagainya ); dan padanya ada kebun-kebun anggur, pelbagai jenis tanaman serta pohon-pohon tamar yang berumpun dan yang tidak berumpun dan yang disiram dengan air yang sama . Kami lebihkan sesetengah buah daripada sesetengahnya yang lain dari segi rasanya . Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang (mahu) berfikir (serrta memahaminya)." (Ra'd:4)
                                      

"Kemudian kami tumbuhkan untuk kamu dengan iar ituy kebun-kebun tamar dan anggur . Kamu beroleh di dalam kebun-kebun itu buah-buahan yang banyak & daripada buah-buahan itu kamu makan ." (Al-Mukmin:19)


Khasiat Anggur >.<

1. Antioksidan

Antioksidan ialah molekul khas yang boleh menghalang oksidasi molekul-molekul lain . Penuaan adalah hasil daripada tubuh yang mengalami oksidasi berterusan . In fact , molekul berbahaya yang kita panggil radikal bebas mempercepatkan lagi proses penuaan , even boleh menyebabkan kanser . So , antioksidan daripada anggur ini melambatkan penuaan & menentang radikal bebas sekaligus boleh dijadikan bahan untuk awet muda . hehe . so , pasni sape2 yang rase nak muda jelita selalu2 lah makan anggur k ^^

2. Resveratrol

Resveratrol yang terdapat di dalam anggur adalah merupakan nutrien penting yang berkesan mencegah & merawat kanser . Dalam kajian saintifik , resveratrol daripada anggur merah boleh melambatkan pertumbuhan sel - sel kanser prostat . Ada juga data saintifik yang mengatakan nutrien daripada anggur menggalakkan kesihatan otak & melambatkan penyakit neurodegeneratif .

3. Antosianin

Antosianin adalah sejenis antioksidan polifenolik . Antosianin sangat padat dalam anggur merah serta mempunyai aktiviti anti alahan , anti inflamasi , anti mikrob & anti kanser .

4. Mineral & Vitamin

Anggur mempunyai sumber mineral mikro nutrien seperti kuprum , zat besi & mangan . Anggur juga adalah sumber Vitamin C , Vitamin A , Vitamin K , Karotena , Vitamin B kompleks sperti piridoksin , riboflavin & tiamin .



Manfaat Kesihatan

1. Baik untuk jantung

Anggur ni sangat bermanfaat dalam merawat penyakit jantung . Anggur berkesan dalam merawat kesakitan kardiak akibat denyutan pantas jantung . Penyakit ini dapat dikawal jika pesakit mengamalkan diet anggur special untuk beberapa hari ataupun boleh juga dibuat jus anggur . yummy ^^

2. Melancarkan sistem penghadaman

Anggur mudah dihadam & boleh mengurangkan sembelit . Gabungan selulos , gula & asid organik dia dalamnya bertindak sebagai pelawas yang membersihkan usus , serta melegakan kebanyakan kes kronik yang berkaitan dengan sembelit . Bagi merawat sembelit , seseorang itu perlu memakan 350 gram anggur sehari untuk mencapai hasil yang diperlukan . Jika tiada anggur , boleh juga dimakan kismis dengan cara merendamkannya di dalam air sebelum dimakan kerana kismis adalah anggur yang dikeringkan .

3. Baik untuk kanak - kanak

Kanak - kanak yang sedang membesar sangat elok diberi makan anggur kerana anggur turut dikenali sebagai buah yang membina darah . Oleh sebab anggur amat membantu dalam mengatasi sembelit , maka kanak - kanak kecil yang mengalami kekejangan akibat sembelit juga digalakkan diberi makan anggur . Anggur juga amat berkesan mengurangkan kesakitan kanak - kanak yang meragam kerana pertumbuhan gigi .

4. Baik untuk kesihatan mulut

Piorea ialah penyakit gusi yang menyebabkannya kecut & gigi goyah . Asid organik daripada anggur merupakan antiseptik yang kuat & berkesan mengubati penyakit ini . Mengamalkan diet anggur yang ekslusif untuk beberapa minggu dapat mengukuhkan kembali kedudukan gigi pada rahang & menghilangkan racun piorea .

5. Melancarkan fungsi hati

Anggur mengaktifkan fungsi hati untuk merangsang fungsi glikogenik & perembesan hempedu . Justeru , anggur amat bermanfaat dalam mengubati pelbagai gangguan hati .



1. Apabila membeli anggur , pilihlah yang masih pejal , tidak berkedut & kulitnya masih berkeadaan baik. Buahnya tidak merekah mahupun melekit dengan jusnya .

2. Pilih buah yang masih kuat dengan ranting . Ranting yang segar & kelihatan hijau .

3. Untuk pastikan kesegarannya , angkat gugus buah anggur & goncangkan sedikit . Buah yang segar tidak akan jatuh dengan mudah .

4. Beli buah yang masak secukupnya namun masih segar . Anggur hijau yang sepatuynya masih dalam warna kuning samar . Anggur jenis merah pula sepatutnya berwarna cerah . Manakala anggur jenis ungu & hitam & biru gelap  (blue black) sepatutnya benar-benar gelap warnanya .

5. Sentiasa aimpan anggur di dalam peti sejuk kerana anggur muda rosak pada suhu bilik .

6. Basuh anggur & balut secara longgar dengan tisu dapur & masukkan ke dalam plastik berzip .


Nota hati Nur ----> So , tggu pe lagi ?? Moh ler kita ramai gi borong anggur kat pasar & amalkan gaya hidup sihat ^^





0 Orang mengomel