Saturday, July 28, 2012

SEGMEN : Saya Ingin Hadiah by Mizzs Ninie


 Bismillah. Assalammualaikum....

Pagi ni Nur join 1 lagi segmen menarik yang Nur jumpa time berlari-lari anak kat google tadi. 
hihi^^ Jom lah join sesama, mana tahu nasib badan. Ade rezki utk you alls :P

Photobucket
klik banner utk join k ^_^

Mereka yg di 'tag'


Promosi Ramadhan & Jom Raya :)

 Bismillah... Assalammualaikum you alls :)

Okay, hari ni Nur nak promote sikit beberapa produk kecantikan untuk korang sempena raya ni. hihi ! 
Harap dapat sambutan yang menggalakkan daripada korang. amin... 

Okay! Jom usha-usha produk kat bawah ni, manalah tahu ada yang berkenan di hati.
Kalau bukan utk diri sendiri, mungkin korang boleh hadiahkan utk orang tersayang. 
hihi! sape tahu kan? Okay! Let's check it out! ^^
     1. Pek Combo Pertama





FREE postage & JIMAT RM 115 !!!
Untuk maklumat lanjut tentang Nano Slimming Suit & Gluta 20000mg, KLIK SINI & SINI

     2. Pek Combo Kedua




Tawaran juga dibuka untuk mereka yang berminat mencuba Norefal Placenta Oil + Vitamin E secara loose. Jika harga 1 botol yang mengandungi 100 biji softgel adalah RM 150 (tidak termasuk postage)

Untuk softgel pula harganya adalah seperti yang berikut :

                        10 biji - RM 27.50 tak termasuk postage
                        20 biji - RM 50.00 tak termasuk postage
                        30 biji - RM 73.00 tak termasuk postage
                        40 biji - RM 93.00 tak termasuk postage


ATAU 

Photobucket
Klik gambar untuk maklumat lanjut mengenai produk ^^


          3. Pek Combo Ketiga


2 botol Superwhite Gluthathione 20000mg pada harga RM 190
Postage : RM 7.00

Jimat RM 80.00
Photobucket
klik gambar untuk maklumat lanjut mengenai produk ^^

      4. Pek Combo Keempat

2 botol Platinum Pure Collagen pada Harga Promosi RM 130 SAHAJA !!!
Postage : RM 7.00

Jimat RM 20.00

Photobucket

klik gambar untuk maklumat lanjut mengenai produk ^^


ATAU

Jimat RM 72.00

4 botol Platinum Pure Collagen pada harga RM 225 SAHAJA !!!
Postage : RM 7.00


Untuk menempah sebarang produk. Sila Klik DI SINI :)


Friday, July 27, 2012

Online, the 2012 National Day logo gets a drubbing !


Hye, LOL! Check this out !


Photobucket

Click photo for more info :)

The 2012 National Day logo has received wide criticism since it was released this week, with cyber citizens and graphic designers saying it is the worst they have seen and not suitable for the celebration that stretches from August 31 to September 16 which is Malaysia Day.





Cute Guinea Pig Games 2013 calendar.



Photobucket
Click photo for more info :)

A new calendar depicts guinea pigs going for gold at a huge sporting event like the Olympics. The Guinea Pig Games 2013 calendar features the furry creatures competing in events such as hurdles, swimming, showjumping and cycling.




Jackson kids get new guardian in family power struggle.



Photobucket
Klik photo for more info :)

Michael Jackson’s three children were given a new guardian yesterday in an escalating power struggle within the famous musical family involving the singer’s multimillion-dollar estate and the well-being of his elderly mother.




Top 10 Mediterranean Adventures



Photobucket
Klik photo for more info :)

The world`s best trips, adventures and places to visit.



Ouh... Kristen Stewart, Twilight Star apologizes for cheating on Robert Pattinson.


Photobucket
Klik photo for more info :)

Kristen Stewart Cheated On Robert Pattinson: Actress Had An Affair With Married `Snow White` Director Rupert Sanders




Chris Nolan says goodbye to Gotham


Photobucket
Klik photo for more info

When “The Dark Knight Rises” hit theaters on Friday, we said goodbye to Christopher Nolan‘s Batman for the last time. 
And spoilers! though he seemed to live happily ever after, we couldn’t help feeling a bit sentimental about the fact that this is the marked the end of one of the greatest trilogies of our time. "I will miss the Batman," he writes in the foreword for
 "The Art and Making of The Dark Knight Trilogy."







Thursday, July 26, 2012

Takut nak "waxing"? Tengok ni dulu, ok kan? ;)


Hye, Assalammualaikum my dear readers...

Hihi. Just now, time Nur jenjalan dekat says. Nur jumpa 1 video menarik khas untuk girls. 
Nak tahu video apa? Jom check it out ! ^^


Photobucket
Klik gambar untuk ke video :)


Two girls go shopping, and they brought home some new clothes, shoes and... Several boxes of wax strips! You will NOT believe what they plan to do with it... Absolute LOL!



 Funny to watch it ^^


"Segmen : Jom Blogwalking di Bulan Ramadhan" by Nabila Medan


Bismillah, Assalammualaikum semua...

Hihi. Tadi time dok usha-usha blog blogger2 lain. Nur terjumpa 1 lagi segmen menarik untuk di kongsi. 
Nak tahu segmen apa? Jom check it out ! ^^


Photobucket

Orang Ohsem yg telah d'tag' :)





Berhenti Berharap...





Aku tak percaya lagi

Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini



Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa...



Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo...



Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita



Haa...
Haa...



Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua...



Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat



Hye, Assalammualaikum dear...

Nothing to say, I just want to listening to this song^^. It's very touching me.


Nikmat Syukur di dalam kotak??




Hye, Assalammualaikum guys ... ^^

Hello, everyone. A very good morning to each of you. Hihi. Sorry, ter'speaking di pagi hari lah pulak. Bak kata Stacy, Ops! Terlebih sudah :P

Alright, hari ni Nur nak share sedikit pengetahuan tentang syukur dekat you guys. Hope you guys enjoy it & learn something from that. 6_6

Here we go....



Maksud syukur dalam 3 bentuk :

1. Mengetahui semua nikmat yang Allah berikan, seperti nikmat islam, iman, & ketaatan dalam menjalankan  perintahnya. Menjadikan Allah sebagai satu-satunya tempat bergantung, berlindung dengan meyakini bahawa semua kejayaan & kemewahan dikurniakan oleh Allah.

2. Mengungkapkan rasa syukur dalam bentuk puji-pujian seperti alhamdulilah, asy-syukrulillah atau ucapan lain yang sama erti.

3. Kongsikan nikmat yang Allah kurniakan secara sama rata dengan orang lain terutama golongan yang kurang bernasib baik sama ada dengan bersedekah, infaq & menolong fakir miskin.

Untuk lebih melahirkan rasa syukur kita kepada Allah, meh ler kite membuat kotak syukur. KOTAK SYUKUR?? Apa tu? Jeng jeng jeng... hihi ^^ Jom check it out.. 


NOTA SYUKUR di dalam KOTAK SYUKUR

hihi.. tapi bukan kotak jenis camni tau ^^


Setiap hari, pastikan kita bersyukur kepada Allah s.w.t. Tapi, camna caranya ek? Ikuti aktiviti menarik ni :

1. Sediakan sebuah kotak bersaiz sederhana.

2. Tuliskan nikmat paling besar yang kita terima pada hari itu di atas sehelai kertas.

3. Lipat kertas itu & masukkan ke dalam kotak yang disediakan sambil mengucapkan lafaz hamdalah atas nikmat yang diperolehi.

Contoh: "Alhamdulilah, hari ni Allah permudahkan urusanku sehingga aku dapat menyiapkan laporan ini tepat pada masanya."

4. Tarik nafas, tenangkan diri & hayatilah nikmat yang telah berlalu itu dengan hati yang bersyukur. Jangan lupa tingkatkan ibadah sebagai tanda syukur kepada Allah.

5. Ambil masa sekali seminggu & sebulan sekali untuk membaca kembali koleksi nota syukur anda.

Jika anda dapat lakukan langkah di atas secara berdisiplin, maka anda telah mengaplikasikan ketiga-tiga unsur dalam syukur iaitu :

  • Bersyukur dengan hati
  • Bersyukur dengan lidah
  • Bersyukur dengan anggota badan.

NOTE HATI ^_^ : Libatkan ahli keluarga yang lain untuk aktiviti ini, seperti pasangan & juga anak-anak.

Menurut Imam al-Ghazali, syukur merupakan salah satu makam (darjat/stage) yang paling tinggi dari sabar, khauf (takut) kepada Allah SWT, dan lain-lain. Adapun kesyukuran itu merupakan makam yang mulia dan pangkat yang tinggi sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud dalam surah al-Nahl:114, "Dan bersyukurlah nikmat Allah, jika kamu memang hanya menyembah kepada-Nya sahaja".





SUMBER --->Solusi (46), Dimensi Syukur.


Jom Beramal dengan mudah di Bulan Mulia ni. Senang je...


Hye, Assalammualaikum...

Malam ni Nur nak ajak u alls semua beramal bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ni. Hehe. Setahun sekali je tau Ramadhan ni datang. So, jom rebut peluang ni habis-habisan. ^^ . 
Caranya senang je, just click and you will bring some happiness to less fortunate kids. 
Jom baca langkah dia kat bawah ni.


Photobucket
Klik gambar untuk maklumat lanjut :)



Here's how you can do some charity on Colgate's Facebook page! For every Like, Colgate will contribute 50 sen; every Pledge, RM3; and every Share, RM1! This is the easiest way to do charity online, let's bring some happiness to less fortunate kids with the Mari Beramal Bersama Colgate campaign!










Mudah kan? So, apa tunggu lagi? Mohlah kita sama-sama click ^^


Random Giveaway by Ardini


Hye, Assalammualaikum...

Kejap tadi Nur jenjalan kt Google. Nur ter'usha' lagi 1 segmen menarik untuk semua. Hehe. 
Nur pun apa lagi, semangat nak join pun dah berkobar-kobar, 
bagaikan mengasak-asak Nur supaya cepat buat post untuk 
Random Giveaway by Ardini nih. hihi. Ayat gimik je lebih kan. ^_^. 

Jom join segmen ni, lagipun hadiah yang ditawarkan pun menarik tau guys. 
Confirm rugilah kalau x join. :P



Photobucket


Antara hadiah yg menarik tu. hihi. >.<



Okay, semoga berjaya semua. ^^





Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie.


Hye, Assalammualaikum semua...



Photobucket


Hari ni Nur join 1 lagi segmen by Blog Fadzmie. Saja mencuba nasib & sekadar suka-suka. hihi. 
Harap-harap Nur berjaya menang. Amin.. 

Kepada korang yang nak join pun meh lah sekali.
Tarikh tutup dia 1 OGOS 2012 ni. 
Jom rebut top up free. hihi. ^_^

Wednesday, July 25, 2012

SEGMEN "Saya nak angpau Ramadhan !" by Qaleshya Umairah


Hye, Assalammualaikum...

Hello, dear. Hari ni Nur join satu SEGMEN "Saya nak angpau Ramadhan !" by Qaleshya Umairah. Hope I can be the winner. hihi! amin.. ^_^


Photobucket


Mereka yg di'tag'


Tuesday, July 24, 2012

Overnight Camping Trip With Breakfast + Unlimited Entrance to Bee Farm & Orang Asli Village




Hye, Assalammualaikum semua. 

Wink2 . ^_^ . Nur harap korang semua sihat-sihat belaka. Alright, today Nur nak kongsi sikit maklumat tentang Overnight Camping Trip to Bee Farm and Orang Asli Village. Haa.. kepada sesape yg suka  ber 'overnite' and jungle trekking tu bolehlah singgah kt sini. Yelah, daripada korang takde buat apa-apa. Hehe. Lebih baik kita jalan-jalan untuk menenangkan minda sambil mensyukuri nikmat yang Allah kasi kat kita.


About Bee Farm :

  • terletak dekat Melaka & telah dijadikan sebagai salah satu tarikan paling besar kat sana. Sape yang orang Melaka tu bangga leteww. hihi! >.<
  • Terdapat lebih daripada 100,000 lebah dalam sangkar lebah di ladang lebah terutamanya daripada spesies Itali.
  • Terapi Pengalaman Bee Venom Sting.
  • Ada Mini Zoo dan Tapak Perkemahan. (Sesuai untuk yang dah berkeluarga)


Untuk maklumat lanjut, korang bolehlah layari laman web ni : KLIK SINI & SINI. TQ :)



" 1st Giveaway by jaakechik corner "



3 Tempat Best di negeri sy (Selangor)
  • Bukit Melawati 
  • Kelip-Kelip Kg. Kuantan
  • Pantai Remis Sg.Sembilang
Mereka yang di 'tag'




KLIK SINI utk join k :)


Sunday, July 22, 2012

Senyumlah sayang.





Hye, Assalammualaikum. 

Entah kenapa tiba-tiba hari ni aku rajin lah pulak untuk menaipkan huruf kat keyboard ni.
Sekadar untuk menghilangkan mood sedih yang tengah beraja kat hati aku. Sedih sebab aku tak dapat kawal perasaan geram aku dekat seorang makhluk Allah ni. JERK ! 

Tak tahu kenapa, tapi normally kalau aq geram atau tension tahap dewa kat seseorang tu, aku confirm tertido punya. Hehehe.. Mungkin kerana perasaan & semangat yang terlalu menebal untuk mencari penyelesaian bagi masalah yang kau hadapi. Secara tak langsung telah menyebabkan aku tertidur tanpa sedar. Huhu. Tapi, orang lain tak faham, diorang selalu ingat aku sengaja nak lari daripada masalah. 

Bukan sekali jadi macam ni, tapi dah banyak kali dah. 
Aku dah cuba dah untuk tak tertidur tapi itulah tetap jugak tertidur. huhu.. 

Petang tadi sebelum berbuka, ayahanda aku tegur kenapa aku nampak ceria sangat.

Me : Ceria? hehe.. ( tapi, hati aku dah mula sebak ).

Jangan pernah tertipu dengan senyuman,
Bibir mungkin mengukir senyum,
Hati yang terluka mungkin sedang dirundung pedih.


Selepas tarawikh, aku naik kat bilik. Siapkan esei untuk MARA sambil dengar lagu PeterPan ( Mungkin Nanti ) . Tiba-tiba je aku ternangis. huu~ nasib tak de orang nampak. Ntah pape ntah.


                                             crying makes me feel better >.<


---> Thank you for reading my story. ^.^

Saturday, July 21, 2012

Menangis Kerana Khusyuk dalam Beribadah.





Pada suatu malam, Muhammad bin al-Munkadir menunaikan solat. Tiba-tiba dia menangis &tangisannya semakin lama semakin kuat.

Selesai solat, ahli keluarganya bertanya: "Apa yang menyebabkan kamu menangis?" Muhammad bin al-Munkadir cuba menjawab dengan gagap, namun beliau masih fana dalam tangisannya.

Akhirnya, keluarganya pergi menemui Abu Hazim. mereka menceritakan perkara yang telah dialami oleh Muhammad bin al-Munkadir.

Abu Hazim pergi berjumpa dengan Muhammad bin al-Munkadir. Ternyata beliau masih menangis.

Abu Hazim bertanya: "Saudaraku, apa yang menyebabkan kamu menangis? Seluruh keluargamu sangat membimbangkan keadaan kamu. Adakah terdapat orang yang telah menyakitimu atau mungkin kamu mempunyai masalah?"

Muhammad bin al-Munkadir berkata: "Hatiku cemas ketika membaca firman Allah dalam solatku."

"Apakah ayat itu?" tanya Abu Hazim.

Lalu, beliau membaca ayat ke-47 surah al-Zumar yang bermaksud: "Dan jelaslah bagi mereka azab daripada Allah yang belum pernah mereka sangkakan."

Mendengar ayat ini, Abu Hazim turut menangis hingga tangisannya kedengaran begitu kuat. Mereka berdua sama-sama menangis.

Salah seorang anggota keluarga Muhammad bin al-Munkadir berkata: "Kami memanggil tuan untuk mengubati saudara kami."

Kemudian Abu Hazim memberitahu mereka perkara yang membuat Muhammad bin al-Munkadir menangis.

Begitulah, betapa khusyuknya solat Muhammad bin al-Munkadir solat.

........................................................................................................................................

Semoga kita semua mampu melahirkan rasa kekhusyukkan dalam beribadah kepada Allah terutamanya dalam bulan ramadhan ini. Rasa khusyuk yang hadir dalam beribadah akan mampu menjadi benteng untuk mencegah perbuatan jahat.




    TIPS KHUSYUK SOLAT :

  • Solat di awal waktu.
  • Hadirkan hati dalam solat.
  • Solat secara berjemaah.
  • Tumpukan mata pada tempat sujud.
  • Mengambil wuduk dengan sempurna.
  • Wujudkan rasa malu & takut kepada Allah.
  • Berharap serta yakin Allah menerima solat & amal kita.
  • Jaga makan, minum, pakaian, tempat solat supaya bersih & halal.
  • Lakukan rukun solat dengan tertib. Berusaha untuk fokus dalam solat.
  • Bayangkan solat kita adalah solat yang terakhir & perlulah dijadikan yang terbaik.
  • Membaca dengan baik, berusaha untuk memahami bacaan & maksud dalam solat.



Note:
-Sumber Majalah Solusi

Monday, July 16, 2012



Hye ! Assalammualaikum ! 

Hurm, orang lain dah tidur. Aku je yang daripada tadi asyik pejam celik, pejam celik, tapi tak tidur jugak. Padahal, aku dah menguap berapa kali dah. Hah, tengok tu menguap lagi. (hihi... ngantuk lah pulak).

Nothing to story. Aku just nak katakan yang aku terlalu rindukan kawan-kawan aku. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Semua dah buat haluan sendiri. Dan akhirnya aku yang keseorangan. (huhu) T_T

Tak kisahlah kalau korang nak cakap yang aku ni terlalu sentimental tahap dewa ke tahap gabenor ke. Yang penting, aku terlalu rindukan diorang. Confirm best, kalau dapat ulang tayang semua kenangan tu. Akan ku simpan elok2 dalam kamus kenanganku.



Andai saja korang tahu bahawa diri ini tak pernah sedikit pun lupakan korang. Kekadang aku dah jadi macam orang angau pun ada, bila gelak sensorang, senyum sensorang, termenung sensorang. huhu. nasib baik, mamat hindustan depan rumah aku tak perasan akan tingkah laku ku yang comel ni.
hihi ! syok sendiri ! >.<



Hurm, okay ! just that ! good night sahabat ! 

5 Tempat Tumpuan Malaikat


Hye, Assalammualaikum w.b.t. Hari ni saya nak berkongsi tentang 5 tempat yang menjadi tumpuan malaikat. Kepada sesiapa yang bosan-bosan & takde keja tu bolehlah membaca tulisan saya ni dengan penuh bersemangat. peace! >.<

.......................................................................................................................................

Sabda Rasulullah s.a.w; "Setiap hari akan turun malaikat ke bumi ini pada 5 tempat iaitu:

-1 di Makkah
-2 di Madinah
-3 di Baitul Maqdis
-4 di perkuburan oarng muslim
-5 di majlis kaum muslimin".

Kata malaikat yang turun di Makkah, "Ingatlah ! Sesiapa yag meninggalkan kewajipannya terhadap Allah, sesungguhnya ia akan terlepas daripada rahmatNya. "

                                                                      Makkah

Kata malaikat yang turun di Madinah, "Ingatlah ! Sesiapa yang meninggalkan Sunnah Rasul, sesunguhnya mereka akan terlepas daripada syafaatnya di akhirat kelak. "

Masjid Al-Nabawi, Madinah

Kata malaikat yang turn di Baaitul Maqdis, "Ingatlah ! Sesiapa yang memakan harta yang haram, sesunguhnya segala amalan yang dikerjakannya tidak akan diterima. "

Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis

Kata malaikat yang turun di kubur orang muslimin, "Wahai ahli kubur ! Apakah yang kau inginkan & apakah yang kau sesalkan? "
Jawab ahli kubur, "Kami menyesal kerana tidak dapat menambahkan amalan kami. Sesungguhnya kami telah mensia-siakan umur kami sewaktu di dunia dahulu. Kami merasa sungguh iri hati dengan orang yang tekun mengerjakan sembahyang berjemaah, membaca Al-Quran, membaca selawat & beristighfar, sedangkan kami semua tidak boleh lagi berbuat demikian. "



Kata malaikat yang turun di majlis orang muslimin, "Wahai orag yang beriman ! Bertenanglah kamu semua, sesungguhnya Allah lah yang memberi balasan. Sesiap yang takut atas hukuman Allah maka hendaklah ia segera memperbaiki dirinya & bertaubat dia atas segala dosa-dosanya.

Kalaulah tidak ada orang-orang yang khusyuk, bayi-bayi yang masih menetek, binatang peliharaan serta orang-orang tua yang bersembahyang nescaya telah ditimpakan ke atas kamu seksa yang pedih.

Nauzubillahi min zalik. Semoga kita semua dihindarkan daripada segala bencana & seksa azab. Amin...

Friday, July 13, 2012

Ramadhan Menjelma Kembali.


                                                       


                                                   Hye, Assalammualaikum w.b.t.

Bulan Ramadhan menjelma kembali, jadi aku nak mintak maaf kepada sesiapa yang pernah aku tersakitkan hatinya sama ada secara sengaja atau pun tak sengaja. Aku mintak maaf jugak kalau aku ada ter'mengata' korang ke. hehehe.. maklumlah,. aku ni hanyalah insan yang lemah yang tak lari daripada salah & silap. walau sejauh mana pun aku mengelak untuk berkata sesuatu tentang korang tapi hati aku ni tetap jugak ingkar untuk berbuat demikian. So, dengan itu... aku berharap korang dapat memaafkan aku.

rajin-rajinlah kita baca al-quran sempena bulan ramdhan yang penuh berkah  ini.
                                       
Dengan kesempatan ini jugak, aku nak berkongsi niat puasa ramadhan. semoga kita semua mendapat lebih rahmat & berkat dalam bulan ramadhan ini. amin..





----> Thank you for reading. >.<

The Day I Leave You.





Keputusan ini diambil dengan rela hati, 

selepas memuhasabah dan menyedari,

bahawa diri ini mempunyai pencipta,

iaitu Dia Yang Maha Memiliki.

Berikan saya peluang untuk memelihara

kesucian harga diri sebagai muslinah yang sejati.

Berikan saya peluang untuk menjadi 

hambanya yang abdi,

Berikan saya peluang untuk menjadi

hambanya yang diredhai.

Berikan saya peluang untutk mengutamakan

cintaNYA yang suci.

Perkara ini, tidak sedikitpun berniat untuk melukai,

mungkin ianya sedikit sukar untuk difahami.

Namun saya pasti...

Insya-allah suatu hari nanti,

Allah pasti akan memberikan jawapannya kepadamu Ya Akhi...


-copied by Ms.Lovarica-