Monday, July 16, 2012

5 Tempat Tumpuan Malaikat


Hye, Assalammualaikum w.b.t. Hari ni saya nak berkongsi tentang 5 tempat yang menjadi tumpuan malaikat. Kepada sesiapa yang bosan-bosan & takde keja tu bolehlah membaca tulisan saya ni dengan penuh bersemangat. peace! >.<

.......................................................................................................................................

Sabda Rasulullah s.a.w; "Setiap hari akan turun malaikat ke bumi ini pada 5 tempat iaitu:

-1 di Makkah
-2 di Madinah
-3 di Baitul Maqdis
-4 di perkuburan oarng muslim
-5 di majlis kaum muslimin".

Kata malaikat yang turun di Makkah, "Ingatlah ! Sesiapa yag meninggalkan kewajipannya terhadap Allah, sesungguhnya ia akan terlepas daripada rahmatNya. "

                                                                      Makkah

Kata malaikat yang turun di Madinah, "Ingatlah ! Sesiapa yang meninggalkan Sunnah Rasul, sesunguhnya mereka akan terlepas daripada syafaatnya di akhirat kelak. "

Masjid Al-Nabawi, Madinah

Kata malaikat yang turn di Baaitul Maqdis, "Ingatlah ! Sesiapa yang memakan harta yang haram, sesunguhnya segala amalan yang dikerjakannya tidak akan diterima. "

Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis

Kata malaikat yang turun di kubur orang muslimin, "Wahai ahli kubur ! Apakah yang kau inginkan & apakah yang kau sesalkan? "
Jawab ahli kubur, "Kami menyesal kerana tidak dapat menambahkan amalan kami. Sesungguhnya kami telah mensia-siakan umur kami sewaktu di dunia dahulu. Kami merasa sungguh iri hati dengan orang yang tekun mengerjakan sembahyang berjemaah, membaca Al-Quran, membaca selawat & beristighfar, sedangkan kami semua tidak boleh lagi berbuat demikian. "



Kata malaikat yang turun di majlis orang muslimin, "Wahai orag yang beriman ! Bertenanglah kamu semua, sesungguhnya Allah lah yang memberi balasan. Sesiap yang takut atas hukuman Allah maka hendaklah ia segera memperbaiki dirinya & bertaubat dia atas segala dosa-dosanya.

Kalaulah tidak ada orang-orang yang khusyuk, bayi-bayi yang masih menetek, binatang peliharaan serta orang-orang tua yang bersembahyang nescaya telah ditimpakan ke atas kamu seksa yang pedih.

Nauzubillahi min zalik. Semoga kita semua dihindarkan daripada segala bencana & seksa azab. Amin...

No comments:

Post a Comment