Tuesday, May 8, 2012

PENTING !!! Pesanan daripada tiga wali ALLAH.


HASSAN AL BASRI berkata : 

          Kambing itu lebih sedar daripada manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia tidak taat kepada perintah Tuhannya dalam menurut saja kehendak iblis. Kawan-kawan yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju ALLAH. Barang siapa yang cintakan emas dan perak akan dihinakan oleh ALLAH.
         Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan di situ membina banggunan akhirat adalah orang yang bijak.


AL SYIBLI pula berkata : 

          Waktu yang sekarang kamu berada ini adalah lebih berharga daripada seribu tahun yang lalu dan seribu tahun yang akan datang.
         Orang yang tidur satu jam diwaktu malam dengan melupakan ALLAH s.w.t. Adalah tertinggal kebelakang sebanyak seribu tahun dalam perlumbaan kerohanian.
         Apa yang ditakdirkan untukmu pasti kamu dapat walaupun seribu halangan.


 ABU MUHAMMAD ROYAM pula berpesan :

            ALLAH s.w.t. berfirman bahawa Dia menjadikan manusia untuk menghambakan diri kepadaNYA, bukan tujuan lain.
           Semakin kaya orang itu semakin jauh ia daripada ALLAH. Ketika berseorangan, menangislah sambil berdoa kepada ALLAH s.w.t. agar hati menjadi bersih.


Monday, May 7, 2012

EMPAT Niat Penting Di Waktu Pagi Yang Harus Kita Ketahui !!!







     Seorang hakim berkata: " Seseorang di waktu pagi harus niat EMPAT perkara" .

1. Menunaikan kewajipan terhadap ALLAH s.w.t.

2. Meninggalkan larangan ALLAH s.w.t.

3. Menyelesaikan urusan dengan orang yang dia ada hubungan dagang & sebagainya.

4. Memperbaiki hubungan dengan lawannya.

Smoga dengan mempunyai niat yang baik kita mampu memperoleh rahmat ALLAH s.w.t. Insya-allah.

-Sumber Cerita Serta Doa & Hadis Nabi

Kenapa kita harus tangguhkan waktu tidur???







      Seorang hakim berkata: "Seorang tidak boleh tidur sehingga menyelesaikan EMPAT perkara".

1. JANGAN tidur selama kita percaya atas bumi ada musuh, sehingga minta halalnya, sebab kemungkinan kita mati sehingga dituntut oleh ALLAH s.w.t

2. JANGAN tidur jika kita masih rasa berdosa dan belum taubat daripadanya, sebab kemungkinan kita mati dan dianggap terus dalam berdosa.

3. JANGAN tidur sehingga menulis wasiat yang tepat, sebab mungkin kita mati tanpa meninggalkan wasiat.

4. JANGAN tidur jika masih belum menyelesaikan kewajipan kepada ALLAH s.w.t.