Kesaksian Jin Terhadap Suara Azan Pada Hari Kiamat



ABU SA'ID Al-Khudri berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : " Sesungguhnya aku melihat kamu sangat cinta kepada kambing & ladang tempat kamu mengembala, kerana itu bila kamu sedang berada di tengah kambingmu & padang gembalamu kemudian kamu azan untuk mengerjakan solat , maka keraskanlah suara azanmu kerana sesungguhnya tidaklah jin, manusia dan apa saj yang mendengar gema suara orang yang azan, kecuali dia akan menjadi saksi pada hari kiamat . " (HR Bukhari & Ibn Majah) .

Justeru itu , bila mendengar suara azan , syaitan akan mengeluarkan angin berserta suara supaya tidak mendengar suara azan , kerana jika ia mendengarkannya , maka dia akan menjadi saksi bagi orang yang azan itu pada hari kiamat sedangkan dia adalah musuh bagi orang Mukmin ; bagaimanakah dia akan memberi kesaksian bagi musuhnya ?

Abu Hurairah berkata , bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : " Bila diserukan suara azan untuk mengerjakan solat , maka syaitan akan lari lintang pukang serta mengeluarkan angin yang bercampur dengan suara supaya mereka tidak mendengar suara azan tersebut . Bila azan telah berhenti , merekapun datang lagi hingga bila dibacakan iqamat untuk mengerjakan solat merekapun lari lintang pukang ; bila iqamat telah selesai , maka merekapun datang lagi untuk menggoda orang yang sedang mengerjakan solat serta mengatakan : " Ingatlah ini dan ingatlah itu , untuk perkara - perkara yang tadinya tidak teringat , hingga orang yang mengerjakan solat itu tidak tahu berapa rakaat solat yang sudah ia kerjakan . " (HR Bukhari Muslim & An-Nasa'i)


2 Orang mengomel

  1. MashaaAllah, thanks for sharing.. adakah ini juga antara sebab kenapa azan perlu dilaungkan dengan suara yang lantang? ^^

    ReplyDelete
  2. :: sama2 , in sya allah .. ilmu yang bermanfaat sy akn cuba kongsikan utk pengetahuan kita bersama :)

    ReplyDelete