Saturday, March 10, 2012

Bunyi sama tapi maksud berbeza




Pada suatu malam, sedang seorang gadis memeriksa fail di dalam pendrive nya.
Muncul adik lelakinya yang masih berusia 8 tahun berdiri di sebelahnya.

Adik : Kakak buat apa tu kak?
Kakak : Cari video cerita hantu yang adik nak tengok tu lah.
Adik : Owh,..akak tahu ke nak cari macam mana??
Kakak : Eh, budak ni. Kakak tahu lah nak cari macam mana. Amboi, adik memperkecil-kecilkan kebolehan kakak ya. (marah kakaknya dalam nada gurauan)

Tiba-tiba....

Adik : Haa?? Mom and Dad??? Mama dan mati???? mama..kakak tulis mama dan mati ma dekat laptop. (ngadu adiknya)

Kakaknya yang terkejut dengan kata-kata adiknya memandang skrin laptop yang berada di hadapannya dan cuba untuk mencari ayat yang adiknya sebut sebentar tadi. Pecah tawanya apabila menjumpakan ayat yang disebut oleh adiknya tadi. Masakan tidak, maksud yang diberikan oleh adiknya tadi jauh beza dengan perkataan nya. hahahaha. berderai tawa kakaknya melihat 'kepandaian' adiknya. Sahlah, adiknya itu perlu dimasukkan ke kelas tuisyen dengan secepatnya sebelum makin parah jadinya. kih..kih..kih..>.<





                            THE END
               ENJOY THIS CARTOON



No comments:

Post a Comment