Friday, January 11, 2013

Khalifah Yang Berani Membakar Hadis


Bismillah .. Assalammualaikum ..



Daripada Aisyah r.a katanya, "Bapaku ada menyimpan 500 hadis. Pada suatu malam aku lihat bapaku terlalu gelisah & tidak dapat tidur. Aku pun turut merasa bimbang melihatnya lalu bertanya, 

"Adakah ayah sedang menghadapi kesusahan atau masalah yang tidak dapat ayah selesaikan ?"

Namun ayahku tidak menjawab walau sepatahpun akan pertanyaanku & terus berkeadaan sedemikian sepanjang malam. Pada keesokan harinya dia telah memanggilku & berkata,

"Bawakan kepadaku kumpulan hadis yang telah aku amanahkan kepadamu untuk menyimpannya."

Setelah aku serahkan hadis-hadis itu, ayahku terus membakar kesemuanya hingga menjadi abu. Setelah itu beliau berkata,

"Dalam kumpulan hadis yang aku terima itu ada banyak hadis yang tidak diketahui kesahihannya. Aku terfikir sekiranya aku mati kelak & meninggalkan hadis yang aku sangka sahih tetapi sebenarnya tidak maka bagaimanakah aku hendak berhadapan dengan Allah nanti."

Begitulah sikap Abu Bakar r.a, khalifah pertama Islam yang begitu berhati-hati terhadap pengumpulan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Beliau telah berjaya mengumpulkan 500 hadis tetapi setelah diragui akan kebenarannya maka beliau terus membakarnya demi menjaga kesucian Rasulullah & agama Islam. Para sahabat juga bersikap berhati-hati terhadap hadis Rasulullah. 

Oleh kerana itulah kita dapati sangat sedikit hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat yang ternama. Abu Bakar telah menghabiskan banyak masanya bersama Rasulullah. Berkata para sahabat,

"Abu Bakar adalah seorang sahabat yang paling berilmu sekali diantara kami."

Nota hati Nur ---> Semoga kite semua mendapat manfaat daripada kisah ini supaya tidak dengan sewenang-wenangnya membuat hukum sendiri tanpa kesahihan yang nyata. peace yo ! ^^


Sebarang salah kata , Nur mintak maaf & harap dapat ditegur ")