Thursday, August 9, 2012

9 Sebab Mengapa Wanita Suka Hadiah.




Bismillah, Assalammualaikum ...

Hohoho.. di pagi yang mulia lagi indah ni Nur nak kongsi sikit rahsia tentang
 kaum Hawa supaya kaum Adam ni tak lah salah sangka pada kaum 
Hawa yang comel + ayu + jelita macam kami ni. 
Ahakz.. ayat poyo je lebih. ^^




Yelah, pada pendapat Nur ramai kaum Adam sekarang ni suka mengeluh bila buka bab hadiah. 
Untuk bersangka baik Nur anggap kaum Adam ni mungkin tak tahu tentang sedikit sifat 
terpendam kaum hawa ni. Al-maklumlah kaum Hawa ni dilahirkan dengan 
sifat penuh emosi. Erk ? Tak de kaitan kot =.=


Okay, jom kita check it out sebabnya gapo k :)



9 Sebab Mengapa Wanita Suka Hadiah

- Jacoba Fenny, seorang pakar hadiah, telah mengkaji mengapa wanita suka memberi & menerima hadiah.
  Pemerhatiannya adalah seperti berikut :

1. Keseluruhan kehidupan wanita tertumpu kepada mencipta suasana yang boleh menambahkan kebahagiaan & kasih sayang dalam rumah tangganya & juga persekitarannya. Ini termasuklah kepada
teman-teman yang rapat dengannya. Wanita suka menyumbang sesuatu yang dapat menambah kepuasan
dan emosi untuk orang-orang di sekelilingnya. Tidak kira sama ada di rumah sendiri atau di tempat kerja. Wanita secara semula jadi, mindanya diciptakan untuk memberikan khidmat terbaik ini.

2. Bagi menyatakan penghargaan kepada seseorang yang telah berjasa terhadap kehidupannya, kebanyakan wanita akan memerah otak merancang untuk memilih  & memberikan hadiah yang juga akan sangat dihargai oleh si penerima.

3. Semasa mereka keluar ke kompleks membeli belah, mencari barang yang paling sesuai untuk dijadikan hadiah, motivasinya meningkat & keceriannya bertambah semasa proses mencari itu. Mereka seronok berbincang sesama mereka menentukan jenis & kombinasi hadiah-hadiah yang diharapkan penerimanya terharu & mendapat kejutan semasa menerimanya nanti.

4. Semasa memilih kombinasi hadiah-hadiah itu yang disusun dalam bakul hiasan, wanita terasa amat bahagia jika hadiah itu dapat dikaitkan dengan tema pemberian hadiah, disimbolkan berdasarkan objektif majlis atau dikiaskan dengan matlamat pemberian hadiah itu. Sebagai contoh, dia memilih warna biru untuk bungkusan dan hiasan rebennya untuk dikaitkan dengan warna kelahiran si penerimanya atau biru adalah warna tema semasa penerima menjadi raja sehari agar boleh membawa minda si penerima mengimbau kembali saat yang bahagia itu. Apa yang paling wanita harapkan ialah susunan, warna, kombinasi & hiasan hadiah itu nanti dapat menggambarkan dengan tepat apa yang mereka ungkapkan kepada si penerima itu.

5. Kaum hawa juga ingin turut menerima hadiah istimewa sebagaimana mereka ingin memberikan hadiah terbaik kepada seseorang yang mereka hargai. Bagi mereka, hadiah yang diterima nanti menggambarkan ketinggian penghargaan & keprihatinan terhadapnya. Jenis barang & mahal sesuatu hadiah itu bukan menjadi ukuran. Nilai yang ditagih oleh wanita ialah sentimen & tujuan murni hadiah yang mereka terima.

6. Peristiwa yang wajib diingati oleh suami jika ingin memberikan hadiah ialah hari kelahirannya, ulang tahun perkahwinan, semasa melahirkan anak, meraikan kejayaan di tempat kerja & hari-hari yang diraikan oleh wanita. Tetapi ada satu lagi jenis hadiah yang pasti seorang suami tidak akan silap iaitu hadiah yang diberikan kepada isterinya tanpa tujuan tetapi dengan ungkapan, "Aku ingatkanmu & hadiah ini adalah aku cinta padamu", walaupun harganya hanya satu ringgit yang hanya boleh dilekat-magnetkan pada peti sejuknya.

7. Segala usahanya keluar berjam-jam mencari hadiah paling sesuai, walaupun dia boleh menyusuri internet untuk membeli secara 'online', penghargaan jua yang dipintanya di atas segala pengorbanan memberikan hadiah istimewa itu daripada menerimanya.

8. Disebabkan sel emosi yang terdapat di tengah-tengah otak wanita sentiasa aktif berbanding otak lelaki, mereka melihat setiap hadiah itu seolah-olah mewakili emosi si pemberi terhadap mereka. Mereka rasa kecewa jika didapati hadiah yang mereka terima tidak dirancang sebaik-baiknya, bungkusannya tidak cantik & dibungkus secara tergesa-gesa. Ini melambangkan dirinya tidak dihargai. Itu sebabnya, kebanyakan majlis rasmi, hadiah yang disampaikan kepada penerima, diletakkan di atas dulang sebelum diserahkan kepada penerima. Ini menggambarkan penghargaan terhadap hadiah & orang yang menerimanya. Tetapi kalau pengurusan pentas itu dikendalikan oleh orang lelaki, biasanya hal-hal sekecil ini diabaikan kerana orang lelaki tidak perasan mengenai hal itu.

9. Wanita amat terharu kalau hadiah yang diberikan kepada seseorang itu dipakai atau diguna oleh penerima. Terasa dihargai pula jika setiap kali pertemuan dengannya atau menghadiri sesuatu majlis yang rasmi, si penerima dilihat memakai hadiahnya itu. Seolah-olah kita membawa dia bersama. Itulah emosi seorang wanita. Itulah juga hujahnya mengapa wanita suka memberi & menerima hadiah.




Nora Hati Nur ^^ ---> So, kaum Adam... Next time, fahami & kenali dulu sifat wanita sebelum membuat tuduhan serta keputusan melulu. 

3 comments:

  1. hadiah mmg best! lame x dpt hadiah.. waaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.
      hadiah kn, sape yg xsuke? sume suke :)

      Delete
  2. Hahah lepas ni kena buat pulak tips2 memilih hadiah utk perempuan ;D
    Bab tu yg susah lol

    ReplyDelete