~ Warna Biru ~
  • HOME
  • Download Movie
  • Travel
  • Features
    • Tips Beauty
    • MoneyMagnet
      • Fingo
      • Halo Telco
      • Dropship
    • Motivation
  • Contact Me

 


SEDEKAH JUMAAT ATAS TALIAN

#berita | HOSPITAL GAZA BERADA DALAM SITUASI KRITIKAL..TIDAK MAMPU MENAMPUNG KEPERLUAN

📌 Dalam keadaan dunia Arab mengkhianati Palestin, hospital-hospital di Gaza pula kini berada dalam keadaan kritikal apabila kes COVID-19 meningkat secara mendadak dan menyebabkan hospital sedia ada tidak mampu menampung keperluan di sana.

📌 Sehingga November 2020, lebih 14,000 kes dicatatkan di Gaza dan 65 kematian dicatatkan menjadikan Gaza merupakan antara penyumbang kes terbesar Covid di Palestin.

📌  Penggunaan ventilator juga dilihat sebagai alat yang paling penting ketika ini berikutan 79 daripada 100 buah ventilator telah digunakan dan baki tersebut hanya mampu bertahan dalam jangka masa pendek sekiranya kes positif tidak berkurangan.

‼️ Pada masa yang sama, mereka perlu berdepan dengan serangan berterusan Zio.nis yang menyebabkan pertambahan kes kecederaan yang memerlukan rawatan dan pemulihan. 😭😭

===========================

❤️ Ayuh sertai WAKAF HOSPITAL AMAN PALESTIN di GAZA melalui pakej berikut:

🅰️ LOT WAKAF (RM500)
🅱️ Sijil Wakaf (RM50)
🅾️ Seikhlas Hati

✅ Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:

1️⃣ Hulurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

Rujukan : wakafhospgaza

2️⃣ SMS/Whatsapp slip transaksi anda ke :
Cik Sabrina 010 846 0076
http://wasap.my/60108460076/wakafhospgaza

📲 Klik link di bawah untuk berWAKAF secara mudah👇
www.billplz.com/apbatupahat
www.billplz.com/apbatupahat
www.billplz.com/apbatupahat

🔊🔊 Bantu kami sebarkan mesej ini supaya lebih ramai dapat menyumbang untuk saudara kita disana. Semoga usaha kecil kita ini mendapat keberkatan dari Allah swt. In shaa Allah

#AmanPalestin
#BangkitBerjuangBersama


 

Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO), Program Makanan Dunia (WFP), Somalia, Aman Palestin Berhad, MUSIM SEJUK PALESTIN, sedekahjumaat,

#berita| SYRIA & YAMAN ANTARA 16 NEGARA BERDEPAN RISIKO KEBULURAN TERTINGGI |

‼️Pergolakan yang berlaku di timur tengah kini seakan-akan tiada kesudahan. 

‼️ Laporan baru dua agensi PBB memberi amaran mengenai peningkatan risiko kebuluran di 16 buah negara termasuk Syria & Yaman. 

‼️ Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) dan Program Makanan Dunia (WFP) memberi amaran bahawa ‘gabungan toksik' iaitu penurunan ekonomi, cuaca ekstrem dan pandemik COVID-19 mendorong berlakunya darurat bekalan makanan di negara-negara tersebut.

😔 Mengingat kembali insiden 260,000 orang mati kebuluran pada tahun 2011 di Somalia. Kita tidak mahu melihat peristiwa hitam ini kembali berulang. Kita mampu mengubahnya.

😔 Saudara kita bakal berdepan musim sejuk ekstrim dalam kebuluran.. Tambahan pula dalam keadaan pandemik covid yang semakin menular

Ya Rabb, lindungi dan rezekikanlah saudara kami untuk menghadapi bencana ini.. Aaminnn

🚨Aman Palestin Berhad secara konsisten tampil dengan bantuan para penyumbang untuk meringankan sedikit beban mereka. 

===========================

❄️ BANTUAN MUSIM SEJUK PALESTIN, SYRIA & YAMAN

🅰️ Pakej BMS RM250
-kelengkapan musim sejuk
-pendidikan
-ubatan & makanan 

🅱️ Tabung Bantuan Musim Sejuk (seikhlas hati)

🌹 Sumbangan boleh disalurkan  ke akaun Aman Palestin Berhad:

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

📲 Klik link di bawah untuk bersedekah secara mudah👇
http://www.billplz.com/apbatupahat
http://www.billplz.com/apbatupahat

Rujukan : BMS

☎️ Hantar resit transaksi kepada Cik Nursabrina 010 846 0076 .Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada kami.

🔊🔊 Bantu kami sebarkan mesej ini supaya lebih ramai dapat menyumbang untuk saudara kita disana. Semoga usaha kecil kita ini mendapat keberkatan dari Allah swt. In shaa Allah

#AmanPalestin
#bantuanmusimsejuk
#sedekahjumaat


 

aman palestin, tabung perwira covid19

#bantuansampai #TabungPerwiraCOVID19 | MERAIKAN WARGA SABAH DENGAN BANTUAN DARI PARA PENYUMBANG |

📦 Alhamdulillah Aman Palestin berterusan dengan jayanya mengagihkan bantuan kepada masyarakat Sabah yang terjejas akibat penularan wabak pandemik COVID-19. 

📦 Warga Sabah mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh penyumbang yang sehingga ke hari ini banyak membantu dalam melengkapkan yang kurang buat mereka.

⚠️ Kawasan yang mendapat manfaat dalam agihan bantuan ini adalah:-

📍 Tawau  📍 Kota Kinabalu
📍 Beluran  📍 Semporna
📍 Persiangan  📍 Lahad Datu
📍 Papar   📍Kudat
📍 Membakut  📍 Sipitang
📍 Sandakan  📍 Tambunan

📦 Alhamdulillah, sumbangan bagi kempen TPC 2.0 ini sudah melebihi 80 peratus iaitu melebihi RM400,000.

✨✨Terima kasih para penyumbang ‼️ Anda adalah frontliner untuk warga Sabah ‼️

▶️ https://fb.watch/1YvPlY21-o/

In shaa Allah, usaha mengagihkan bantuan buat warga Sabah yang memerlukan akan berlangsung sehingga 5 DIsember 2020.

🤲🏼 Ya Allah, lindungilah keselamatan dan kesihatan kami dari segala kemudharatan, dan berikanlah kami kekuatan dan kesabaran menempuhi ujian covid-19 ini, aamiin yaa rabb !

#AmanPalestin 
#bangkitberjuangbersama
#TabungPerwiraCOVID19


Biden, trump, election, palestin, palestina, palestine, free palestine, aman palestine


#Berita #Terkini | *TATKALA DUNIA SEDANG MENUNGGU KEPUTUSAN PILIHANRAYA AMERIKA, IS.RAEL SENYAP-SENYAP MELENYAPKAN KOMUNITI PALESTIN* |

Is.rael senyap-senyap melenyapkan satu komuniti Bedoiun di utara Lembah Jordan pada 3 November, sewaktu berlangsungnya pilihanraya Presiden Amerika.  

Pada pukul 11 pagi, penduduk Khirbet Husna terkejut melihat jip tentera zio.nis I.srael, diiringi oleh beberapa buah jentolak dan jentera berantai sedang bergerak ke arah kampung tersebut.

_“Kebiasaannya, Is.rael akan memberikan amaran untuk mereka keluar dari rumah tetapi pada kali ini mereka terus masuk dan menghalau kesemua penduduk dari rumah mereka,”_ Lapor Fatima Abu Awad salah seorang penduduk di sana.

Seramai 73 orang termasuk 41 kanak-kanak telah hilang tempat tinggal mereka hasil kedurjanaan Zi.onis Is.rael.  

Lebih-lebih lagi suhu di sana semakin jatuh kerana memasuki musim sejuk.  Di mana mereka hendak tinggal selepas ini? Bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan Palestin dan seluruh dunia.

Sumber : Days of Palestine

#AmanPalestin
#10forsmiles
#alaqsawillbefree



1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”

2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”

3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”

4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”

5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”

6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”

7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”

8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”

9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”

10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”

11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”

12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”

13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”

14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”

15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”

16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”

17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”

18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”

19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”

20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”

21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”


Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew


 

Solat Tahiyyat Masjid

------------------

Sahih al-Bukhori:425


عَنْ أَبِي قَتَادَةَ السَّلَمِيِّ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: 


إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ.


Dari Abu Qatadah Al-Salami: Bahwa Rasulullah saw bersabda: 


Jika salah seorang dari kalian masuk masjid, maka hendaklah ia Solat dua rakaat sebelum ia duduk.


Peringatan :

Jika anda hendak menunaikan solat di masjid, maka masuklah ke dalam masjid dengan kaki kanan, kemudian tunaikanlah dua rakaat Tahiyyat masjid sebelum menunaikan solat fardu.


Nota: Seandainya, ada sebarang penulisan sis yang tersilap fakta, mohon pm saya untuk dibetulkan. Terima kasih penduduk bumi sekalian🌹

Resepi Kuih Telaga Emas, Telaga emas, telaga besar, telaga kecil, kuih muih, resepi kuih muih, kuih tradisional, emas, kuih emas, resepi kek masam manis, asam manis, kuih asam manis

*Resepi Kek Masam Manis*

Bahan-bahan :

2 cawan biskut Marie dikisar halus (selepas dikisar mesti dapatkan 2 cawan).
1 cawan gula kastor,
1 cawan planta (marjerin pelangi),
5 biji telur gred C,
3 sdb susu pekat,
1 sdt baking powder,
1 sdt esen vanilla,
Asam manis,
Haw flakes,
2 pewarna hijau dan kuning.

Cara-cara :

1. Campurkan planta dan gula hingga sebati dan putih.
2. Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji dan putar lagi hingga kembang.
3. Kemudian masukkan biskut marrie yang sudah dikisar halus diikuti susu pekat, baking powder dan esen vanila.
4. Gaul guna senduk kayu@spatula.
5. Jika sudah sebati, bahagikan dua. Bubuh warna, gaul sebati.
6. Untuk letak kek guna bekas plastik tahan panas 6×6. Sudukan setiap lapisan 5 sudu.
7. Panaskan kukusan. Air haruslah banyak.
8. Bubuh hijau dulu, ratakan.
9. Susun asam manis.
10. Kukus lapisan tadi 5 minit.
11. Ulang semula langkah demi langkah sampai adunan habis.
12. Akhir sekali, kukus selama 25-30 minit. Siap.

Credit to: Unknown
Terima kasih. Selamat mencuba, kalau ada yang dah buat, boleh lah share feedback di ruangan comment :)
 

 

Resepi ni memang sedap makan dengan sup panas-panas, sure moncit perut semua lepas tu.
Nak buat mee sup ni pun tak susah tau, senang je. Yang penting, korang rajin😃

*Resepi Mee Sup Siam*

Bahan Kuah Sup Siam :

Dada ayam 4 ketul,
Kaki ayam setengah kilo,
2 inci halia,
2 batang serai,
1 inci lengkuas,
Sos tiram,
Kicap sotong yang siam,
Kicap,
Kiub pati ayam 2 ketul,
Kiub pati ikan bilis 1 ketul,
Daun ketumbar,
2 biji bawang besar,
3 biji bawang putih,

Cara-cara :
1. Rebus ayam bersama akar ketumbar dan daun ketumbar, kiub ayam dan ikan bilis.
2. Masukkan halia, serai, lengkuas yang dititik.
3. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan kicap.
4. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa.
5. Rebus sehingga empuk.
6. Tumis berasingan bawang besar, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga.
7. Masukkan kesemua bahan yang ditumis garing ke dalam periuk sup dan masak dalam 5 minit baru tutup api.

Bahan Untuk Menghidang :
1. Fish ball, fish cake dan sayur kangkung dicelur.
2. Tauge ikut suka ingin mentah atau celur.
3. Mee/bihun dicelur secukupnya.
4. Potong cili hijau dicampur dengan sos sotong dan sedikit cuka.
5. Kacang digoreng tanpa minyak di buang kulit dan di kisar halus.
6. Cili melaka segenggam, 2 biji bawang putih dan sedikit cuka dikisar halus.
7. Cili kering kisar.
8. Siap untuk dihidangkan.

Credit to: resepimizah

Terima kasih. Selamat mencuba, kalau ada yang dah buat, boleh lah share feedback di ruangan comment :)

 

Resepi Kuih Telaga Emas, Telaga emas, telaga besar, telaga kecil, kuih muih, resepi kuih muih, kuih tradisional, emas, kuih emas, talam ubi kayu, ubi kayu, ubi,

*TALAM UBI KAYU*

BAHAN A: 
LAPISAN BAWAH:

800gm ubi kayu | parut dulu baru timbang
300ml air
150ml santan pekat
250gm gula
Pewarna kuning


BAHAN B: 
LAPISAN ATAS:

800ml air
320ml santan pekat
100gm tepung beras
80gm tepung ubi
80gm tepung gandum
2 sudu teh garam halus

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan A lalu kacau sebati.
2. Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat.
3. Sediakan loyang yang dialas dengan plastik.
4. Tuang adunan A tadi ke dalam loyang dan ratakan.
5. Kukus selama 40 minit.
6. Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati.
7. Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api dengan api sederhana. Kacau hingga naik wap.
8. Tuang adunan B ke dalam loyang berisi adunan A yang telah dikukus tadi. Kukus kuih talam selama 30 minit lagi.
9. Sejukkan dan potong mengikut cita rasa dan sedia dihidangkan.

Credit to: Unknown
Terima kasih. Selamat mencuba, kalau ada yang dah buat, boleh lah share feedback di ruangan comment :)

 

Resepi Kuih Telaga Emas, Telaga emas, telaga besar, telaga kecil, kuih muih, resepi kuih muih, kuih tradisional, emas, kuih emas,

*RESIPI KUIH TELAGA EMAS*

BAHAN KULIT HIJAU:

250gm tepung pulut
3 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1 ¼ cawan air
Sedikit perisa pandan
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua tepung, garam dan perasa pandan.
2. Tuang air sedikit demi sedikit ( jangan sampai habis). Uli sehingga jadi doh yang tidak lekat di tangan.
3. Letak sedikit pewarna hijau. Uli hingga sebati dan sekata warnanya.
4. Cubit doh dan bulat-bulatkan. Anggaran berat doh ialah 24gm setiap satu.
5. Tekan dan ratakan doh ke dalam acuan lompang saiz kecil yang telah disapu minyak masak. Lakukan hingga habis dan ketepikan.


*RESEPI NASI AYAM PENYET*


BAHAN AYAM PENYET:

1 ekor ayam bersaiz kecil
4 biji bawang merah – kisar
Sedikit halia – kisar
Sedikit lengkuas – kisar
Sedikit kunyit – kisar
1-2 batang serai – diketuk
2-3 helai daun salam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

BAHAN SALUTAN TEPUNG:

1 cawan tepung beras
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh jintan manis – ditumbuk
1 sudu teh jintan putih – ditumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Kiub pati ayam secukupnya
Sedikit lada hitam tumbuk
Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, sedikit halia, sedikit lengkuas dan sedikit kunyit.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama serai dan daun salam. 
3. Bila dah wangi, masukkan ayam dan tuang air hingga ayam tenggelam.
4. Masukkan garam dan kiub pati ayam. Biar hingga ayam masak sepenuhnya. Angkat dan toskan air hingga kering.
5. Untuk menyediakan bancuhan tepung, satukan semua bahan dan kacau sebati.
6. Tuangkan air dan kacau bancuhan biar mendapat tekstur seperti santan pekat.
7. Ambil ayam yang telah ditoskan tadi, celupkan dalam bancuhan tepung dan goreng garing.
8. Bila dah masak, angkat dan lenyekkan menggunakan lesung.
9. Celupkan juga tauhu dan tempe yang telah dipotong. Goreng hingga garing.
10. Hidangkan ayam penyet bersama nasi putih panas, tempe, tauhu yang digoreng, kubis, kacang panjang dan sambal ayam penyet. Sedia untuk dihidangkan.

 


Aku baru tersedar, 
Sejak aku dengar dia dah berkahwin, 
Aku dah tak minat langsung untuk membaca novel,
Sudah tentu novel cinta,
Sejak zaman sekolah, 
Sampai ke zaman kolej,
Novel cinta peneman aku,

Setiap kali melayan bait² tulisan novel,
Sering kali aku akan bayangkan watak utama kisah itu umpama aku dan dia.

Ya, dia...
Dia yang dalam gambaranku,
Seorang yang ego dan pengecut juga,
Sebab suka tapi tak luahkan,
Umpama nak berak tapi tak berani nak teran,
Maaf kasar, tapi itu gambaran peritnya perasaan yang ingin aku gambarkan...
Okaykah begitu?

Bertahun lamanya aku pendam perasaan sayang tu dengan harapan suatu hari nanti dia akan luahkan.

Sehingga suatu hari,
Aku ternampak foto bahagianya,
Tapi bukan dari media sosialnya, 
Lebih tepat lagi dari kenalannya, 

Ya, kenalannya...
Kerana terlalu geram dengan dirinya yang ego bagiku,
Semua tentangnya di media,
Telah aku hapus,

Supaya tiada satu pun berita tentangnya yang dapat menembus ingatanku daripada memikirkan tentangnya,

Bahkan, hati ini juga selalu aku kunci supaya tiada insan lain yang akan hadir mengganggu kasih selama hati aku masih tersimpan untuknya...
Bersama harapan, impian bahawa suatu hari nanti, dia akan hadir di hadapan aku, dengan ikhlas, dan berterus terang bahawa dia menyukai aku dan ingin melamar aku.

Hehehehe...
Ternyata angan-angan ku terlalu konyol,
Mentah...
Entah apa lah yang aku fikirkan,
Sehingga mampu untuk memendam perasaan sedari tahun 2007 sekolah sehingga terakhir kali berita perkahwinannya tersebar ke duniaku.

Aku terkedu...
Kecewa, hampa,.. juga ya..
Kerana ternyata selama ini perasaan ini cuma ilusi,
Ilusi yang berjaya membelenggu perasaan aku selama bertahun lamanya,

Ya... Benar...
Mungkin kerana kecewa,
Patah hati mungkin,
Kerana dia benar, teryata, sahih telah berjaya menjadi milik orang.

Mungkin aku yang masih terlalu ...
Entah... Perasan?
Bahawa suatu hari impian itu akan terlaksana...
Sedari itu, perasaan untuk aku membaca novel, telah aku hapuskan, supaya tiada lagi kenangan lucu, yang akan aku terkenang bila aku membaca bait² tulisan novel...

Walaupun, perasaan aku meluap² untuk membaca novel, tapi bagiku apalah gunanya kenangan dan impian itu, jika dia telah pun bahagia menjadi milik insan lain...

Andai saja hari tu...

(bersambung)....

~ Mawar 31 Ogos 2020) ~





I miss my high school, tak perlu nak risau pasal kerja, money, kahwin and so on... 

Tiba-tiba teringin nak jadi pokok, tak payah fikir pasal semua benda ni. Wish I can... But come to think about it. Ianya seolah kita tak bersyukur dilahirkan sebagai manusia kat muka bumi ni...

Someone asking me about marriage and so on, is that so wrong kalau I nak tunggu life I stabil baru I kahwin? 

Why is it semua orang kejam sangat? Yes, betul... Perkahwinan akan menambahkan rezeki. Tak dinafikan, tapi salah ke niat I nak stabilkan kedudukan I before kahwin? Which is another stage of life yang lagi mencabar...

I percaya hampir semua orang kat dunia berkahwin dan nak dapatkan zuriat cepat... supaya anak-anak dapat membesar depan mata kita masa kita masih muda dan sihat.. inşallah...

How I wish someone can understand my thoughts... 



MORATORIUM

UPDATED 5 MEI 2020

1. Affin bank - Automatik
https://www.affinonline.com/AFFINONLINE/media/documents/announcement/AFFINBANKMoratoriumGeneralFAQEng.pdf

2. Agro Bank - Automatik
https://www.agrobank.com.my/my/announcements/notis-penangguhan-bayaran-bulanan-pembiayaan-moratorium/?fbclid=IwAR0UmFE6ZzXs1UvSD9UQ3BhNwkcrg_FwjnvRsoaUTjSFtVxBFnRytXkkKEI
Kalau nak bayar macam biasa, hubungi 1300-88-2476.

3. Alliance Bank - Automatik
https://www.alliancebank.com.my/corporate/media-centre/press-release/2020/Alliance-Bank-announces-Non-Compounding-Interest.aspx
Kalau nak bayar macam biasa, reply SMS pada 30 Mac 2020 melalui SMS kepada bank.

4. Al Rajhi Bank - Automatik
https://www.alrajhibank.com.my/post/important-notices/financial-relief
Kalau nak bayar macam biasa, email customersupport@alrajhibank.com.my pada 30 March 2020.

5. Ambank - Automatik
https://www.ambank.com.my/eng/covid-19
Kalau nak bayar macam biasa, tak perlu email atau call. Bayar macam biasa.

6. Bank Islam - Automatik
https://www.bankislam.com/wp-content/uploads/QA.pdf
Kalau nak bayar macam biasa, tak perlu email atau call. Bayar macam biasa.

7. Bank Mualamat - Automatik
https://www.muamalat.com.my/announcement/announcement-2/
Kalau nak bayar macam biasa, isi form di link di atas dan hantar ke  feedback@muamalat.com.my.

8. Bank Rakyat - Kena apply
https://www.bankrakyat.com.my/repository/1668FAQ%20FIX%20RATE%2030042020%201700.pdf

9. Bank Pembangunan Malaysia Berhad - Automatik
https://www.bpmb.com.my/documents/21475/0/loan+deferment+faq+en.pdf/bc598ef5-5c16-43fb-b1fb-cce919c6ac05

10. BSN - Automatik
https://www.mybsn.com.my/formdownload?formDownloadId=2212
Kalau nak bayar macam biasa, email customersupport_crd@bsn.com.my atau fax your
request to the Bank at 03-21634796

11. CIMB - Automatik
✅ https://www.cimb.com.my/content/dam/cimb/personal/documents/help-support/covid-19-support/faq/financing-relief-for-consumer-loans-faq-eng.pdf

12. Citibank - Automatik
https://www.citibank.com.my/global_docs/pdf/Financial_Assistance_Program_FAQ.pdf#page2
Kalau nak bayar macam biasa, bayar je macam biasa atau boleh SMS "REJECT" <space> loan account number” to 66399.

13. Hong Leong Bank - Kena apply
https://www.hlb.com.my/ms/personal-banking/news-updates/hlb-customer-financial-relief-plan.html#hirepurchase
Kalau nak bayar macam biasa, tak perlu email atau call. Bayar macam biasa.

14. HSBC - Automatik
https://www.hsbc.com.my/content/dam/hsbc/my/docs/help/coronavirus/loans-financing-deferment-measure.pdf
Kalau nak bayar macam biasa, tak perlu email atau call. Bayar macam biasa.

15. Kuwait Finance House Berhad - Automatik
https://www.kfh.com.my/malaysia/dam/jcr:42ec6682-131a-42c9-8f3a-427fd2dc0e76/KFH%20FAQS%20at%20at%20020420.pdf
Kalau nak bayar macam biasa, boleh email kfhonline@kfh.com.my atau call 1300-88-534.

16. Maybank - Automatik
https://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/pdf/personal/announcement/2020/moratorium-individuals_faq-bm.pdf

17. MBSB - Automatik
https://www.mbsbbank.com/storage/misc/Moratorium_FAQ_BM.pdf
Kalau nak bayar macam biasa, e-mel ke enquiry@mbsbbank.com atau ecu.careline@mbsbbank.com sebelum 31 Mac 2020.

18. Public Bank - Kena apply
https://www.pbebank.com/pdf/Announcements/hp-aitab-covid19-faq.aspx

19. OCBC - Automatik
https://www.ocbc.com.my/assets/Pdf/Loans/FAQ_6month_Moratorium.pdf
Kalau nak bayar macam biasa, tak perlu email atau call. Bayar macam biasa.

20. RHB - Kena apply
https://www.rhbgroup.com/covid_retail/hire-purchase/index.html

21. SME Bank - Automatik
https://www.smebank.com.my/images/2020/FAQs_Additional-Measures.pdf
Kalau nak bayar macam biasa, tak perlu email atau call. Bayar macam biasa.

22. Standard Chartered - Automatik
https://av.sc.com/my/content/docs/relief-measures.pdf
Kalau nak bayar macam biasa, boleh contact 1300-888-888.

23. UOB - Automatik
https://www.uob.com.my/web-resources/default/covid-updates/faq-relief-measures-individual-sme.pdf

24. AKPK - Automatik 
https://www.akpk.org.my/
Kalau nak bayar macam biasa, tak perlu email atau call. Bayar macam biasa.

25. Toyota Capital -
Will update on 8 May 2020

26. Co-opbank Pertama - Automatik
https://www.cbp.com.my/images/FAQs--Moratorium-Automatik-CBP-April-2020.pdf?fbclid=IwAR2xh6xkX9EyXDWwX0a1DxjvTIkL5U2FQ_0YqsukTGyPHECRXI5S3Avciw8
Kalau nak bayar macam biasa, email ke moratorium@cbp.com.my atau call 1300-88-7650

27. Tan Chong Capital - Bayar macam biasa
https://www.tccr.com.my/

28. Tekun - Automatik tangguh 6 bulan bermula 1 Mac 2020
https://www.facebook.com/tekunasional/photos/a.264922046870469/3274345279261449/?type=3&theater
Kalau nak bayar macam biasa, tak perlu email atau call. Bayar macam biasa.

29. LPPSA - So far bayar macam biasa
http://www.lppsa.gov.my/v2/

30. Aeon Credit - Automatik 1 bulan
https://www.aeoncredit.com.my/ul/1585632991051_new_consolidated_aeon_credit_service_payment_assistance_faqs.pdf

31. Angkasa - Automatik baca di FAQ Bank Negara. 
https://www.bnm.gov.my/documents/2020/FAQs_Additional%20Measures.pdf
Baca no 23. 

32. Parkson Credit - So far bayar macam biasa
https://www.parksoncredit.com.my

33. Sabah Credit - So far bayar macam biasa. Refinance dibolehkan untuk yang terjejas.
https://www.sabahcredit.com.my

34. Chailease Berjaya Credit - Kena apply
https://www.chailease.com.my/services/faq/

35. Yayasan Ihsan Rakyat - Kena apply
https://yir.com.my/wp-content/uploads/2020/03/Temporary-Financial-Relief-Request-Form-RYIR_YYP-Dual-languages-Appendix-A.pdf
Yang terkesan dengan COVID-19, boleh email ke pertanyaan@yir.com.my.

36. Amanah Ikhtiar & KOOP - Tangguh sehingga 30/5/2020.
https://m.facebook.com/AmanahIkhtiarMalaysia/

37. Koperasi Kowaja - Kena apply
Hubungi koperasi melalui +60340482000 atau pertanyaan@kowaja.com.my untuk memohon penangguhan.
http://www.kowaja.com.my

38. Koperasi Kowamas - Tiada info lagi
http://www.kowamas.com

39. Petronesa - Tiada info lagi
http://www.petronesa.my

40. Coway - Tiada info lagi
https://www.coway.com.my

41. Singer - Tiada info lagi
http://www.singer.com.my

42. Koperasi Tentera - Automatik
https://www.katmb.com.my/wp-content/uploads/2020/03/memo-a4-4.pdf

43. MARA Pelajaran - Automatik
https://www.mara.gov.my/penangguhan-pembayaran-balik-pinjaman-pelajaran-mara-selama-3-bulan/

44. MARA Perniagaan - Kena apply.
https://www.mara.gov.my/wp-content/uploads/2020/03/FAQ-BPN-01.pdf
Untuk apply tekan link di bawah. 
https://www.mara.gov.my/permohonan-insentif-moratorium-penangguhan/

45. Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia (KOBETA) - Kena apply
Hubungi koperasi +60326929511 atau info@kobeta.com.my untuk memohon penangguhan.

46. Koperasi Koputri
Hubungi koperasi melalui +60326941511 atau info@koputri.com.my 

47. Koperasi Ukhwah - Kena apply
https://ukhwah.com.my/pembiayaan/

Nad akan update dari semasa ke semasa di sini. Harap bersabar.à

✅ Update terkini.

Credit to:IZZATI 
 simkad murah, simkad viral, simkad jimat, simkad super jimat, simkad terbaik, simkad halo, simkad halo telco, simkad halo telco murah, simkad HT, plan prepaid murah, plan prepaid jimat, plan prepaid terbaik, plan prepaid viral, plan internet murah, plan internet jimat, plan internet terbaik, plan internet viral,  plan halo telco murah, plan halo telco jimat, plan halo telco terbaik, plan halo telco viral,

Pihak kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga kita diberkan keberkatan serta dimurahkan rezeki ☺️
Pihak kami juga telah kemaskini beberapa maklumat baru 🔥🔥

SILA KLIK 👉🏻 HALOTELCO

 Farah Assheqen
013-2401820
Executive Dealer
HaloTelco ☺️


movie, online movie, download online movie, horror


The Witch: Part 1 The Subversion (2018) 720p BluRay
Rate:6.6/10
Genre:Action,Mystery
Subtitle: http://q.gs/FAkqA
IndiShare:
http://q.gs/FAkrU (949MB)
https://bit.ly/2VSVlnR (949MB)
GOunlimited:
http://q.gs/FAkrt (949MB)
https://autoratio.com/XDKp (949MB)
Uptobox:
http://q.gs/FAksV (949MB)
https://autoratio.com/3Hh2Nq (949MB)

movie, online movie, download online movie, horror

Guests (2019) Russian 720p BluRay
Rate: 4.9/10
Genre: Horror
Subtitle: http://q.gs/FAj7m
IndiShare:
http://q.gs/FAj8q (796MB)
https://autoratio.com/H78zgMXC (796MB)
GOunlimited:
http://q.gs/FAj8w (796MB)
https://autoratio.com/02jVV (796MB)
Uptobox:
http://q.gs/FAj95 (796MB)
https://autoratio.com/tzVZ (796MB)


Dangerous Lies (2020) 720p WEB-DL
Rate: 6.1/10
Genre: Horror
Subtitle: http://q.gs/FAjne
IndiShare:
http://q.gs/FAjpl (875MB)
https://autoratio.com/vq2kD (875MB)
GOunlimited:
http://q.gs/FAjpq (875MB)
https://autoratio.com/OYP8pKm3 (875MB)
Uptobox:
http://q.gs/FAjpu (875MB)
https://autoratio.com/rtRi19rUq (875MB)
Resepi ni memang sedap makan dengan nasi panas-panas, boh kicap boleh, tak boh kicap pon boleh. Ni sis taip sis dah terliur fikir 😋😋😋 Okay, jom kita tengok tutorial masak geprek-geprek ni. 



Ayam Geprek Pijar Bibir 🔥🐔🌶🌶

Bahan-Bahan /Ingredients:
(Ayam Goreng/Fried Chicken)
🌕1/2 ekor ayam (1/2 whole chicken)
🌕Garam (salt)
🌕1 kotak kecil tepung Bestari (1 small box Bestari flour). You can also use other pre-mix flour for fried chicken
🌕2 biji telur (2 eggs)

(Sambal)
🌕4 biji bawang merah (4 shallots)
🌕4 ulas bawang putih (4 cloves garlic)
🌕6 cili merah (6 red chillis)
🌕13 cili padi (13 thai chillis)


Nota: Kalau korang memang kaki pedas cirit and tak boleh hidup tanpa cili. Bolehlah dipersilakan tambah bilangan cili ikot suka hati korang. Okay?

Credit to: instagram @khairulaming
Terima kasih. Selamat mencuba, kalau ada yang dah buat, boleh lah share feedback di ruangan comment :)

No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. 

#food  #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #healthy #drink #2019 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #ayamgeprek #ayam #sambal #spicyfood #spicy #chicken #friedchicken
Kek Pisang Coklat menggunakan Periuk Nasi 🍌🍫🍰

Bahan-bahan (ingredients)

🔶3 biji pisang (3 banana)
🔶2 biji telur (2 eggs)
🔶1/3 blok mentega dicairkan (lebih kurang 80g) — 1/3 block of butter melted (around 80g)
🔶1/2 cawan gula (1/2 cup sugar)
🔶1 sudu kecil bikarbonat soda (1 tsp bicarbonate of soda)
🔶1 sudu kecil tepung penaik (1 tsp baking powder)
🔶1/2 sudu kecil garam (1/2 tsp salt)
🔶1 cawan tepung gandum (1 cup wheat flour)
🔶1/2 cawan serbuk koko (1/2 cup coco powder)
🔶1/2 cawan coklat masakan (1/2 cup cooking chocolate)


Nota : 
1. Sapukan mentega pada periuk nasi. 
2. Tekan button Cook. 
3. Kemudian bila dah bertukar ke Warm.
4. Biarkan rehat selama 20-25 minit. Ulang step ni lagi sekali. Tempoh “cook” mungkin tak sama untuk setiap periuk nasi. So just make sure total cook+warm tu lebih kurang 50 minit.

Note : Coat the rice cooker with butter. Switch to Cook mode, and once the rice cooker turns to Warm..let the cake rest for 20-25 minutes. Repeat this process for one more time. The “cooking” period is different from one rice cooker to another. Please ensure that the total cook+warm period is around 50 minutes. 

Credit to: instagram @khairulaming
Terima kasih. Selamat mencuba, kalau ada yang dah buat, boleh lah share feedback di ruangan comment :)

kuala lumpur,tasty,healthy,drink,eat,recipe,resepi,masak,dapur,dapur lonely,lapar,makan,puasa,ramadan,apam balik,dessert,pancake, cake, Kerang bakar, resepi chicken nuggets, homemade recipe

Homemade Chicken Nuggets

Bahan- Bahan

2 keping dada ayam dicincang kasar
1 cawan nasi panas
2 biji telur
2 ulas bawang putih ditumbuk halus 
Garam dan kiub ayam
Parsly / daun bawang / daun ketumbar
1 biji telur + 1sudu tepung jagung utk salutan

Cara-caranya :
1. Satukan semua bahan, kukus hingga masak. 
2. Potong dan salut telur, kemudian goreng.

credit : Amie Samuri‎ 
Terima kasih. Selamat mencuba, kalau ada yang dah buat, boleh lah share feedback di ruangan comment :)


kuala lumpur,tasty,healthy,drink,eat,recipe,resepi,masak,dapur,dapur lonely,lapar,makan,puasa,ramadan,apam balik,dessert,pancake, cake, Kerang bakar, resepi kerang thai style, thai style,

Resepi Kerang Thai Style On Fire🔥😍💥

10 biji Cili Padi Merah kalau nak kurang pedas boleh kurangkan atau nak lagi pedas boleh tambah lagi.(Ditumbuk halus)
5 biji limau nipis atau ikut suka masam, dan ambik airnya
5 biji bawang putih dicincang halus
2 sudu kecil gula pasir ikut suka
1 biji Tomato dibuang bijinya dan dipotong kecil-kecil
Daun Ketumbar dicincang halus
Timun kecil potong 2 dan rendam dahulu dalam air (hiasan)
1 sudu kecil Ajinomoto atau Maggi cukup rasa

Cara-Caranya:
1. Semua bahan dicampurkan sekali letak tepi.
2. Kerang 1 kilo dicuci bersih direbus sekejap separuh masak, dan buang kulit sebelah sahaja.
3. Kemudian dah siap kerang curahkan semua bahan-bahan tadi atas kerang.

Credit to: Emma Mohd Mua
Terima kasih. Selamat mencuba, kalau ada yang dah buat, boleh lah share feedback di ruangan comment :)


kuala lumpur,tasty,healthy,drink,eat,recipe,resepi,masak,dapur,dapur lonely,lapar,makan,puasa,ramadan,apam balik,dessert,pancake, cake, kek marble tapai, resepi kek marble, resepi kek marble tapai,

KEK MARBLE TAPAI

Bahan-Bahan :
250 gm tapai ubi ~ buang urat & lecek halus
150 gm tepung gandum *
1/2 tsp baking powder * (*diayak)
200 gm gula kastor
5 biji telur
1 tsp ovalet
1/4 tsp esen vanila
50 gm susu pekat manis
200 gm marjerin ~ cairkan
50 gm coklat rice / coklat cip
1 sdm coklat emulco

Caranya :

1. Panaskan kukusan. Alas dan gris nipis loyang 8x8 inci.

2. Pukul telur + gula + ovalet hingga kembang, putih, pekat dan bertanduk.

3. Masukkan tepung yang diayak berselang-seli dengan tapai yang dilecek sambil dipukul dengan kelajuan yang  rendah hingga rata.

4. Masukkan susu pekat manis dan esen vanila. Kaup balik dengan spatula hingga rata dan sebati. Seterusnya, masukkan marjerin yang dicairkan pada akhir sekali dan gaul rata.

5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian campurkan coklat paste dan 1 bahagian lagi dibiarkan plain serta ditambahkan dengan coklat rice / coklat cips.

6. Setelah kukusan betul-betul mendidih, tompok-tompokkan adunan coklat dan plain secara rawak bagi membentuk marble sebagai lapisan pertama dan kukus 10 minit. Kemudian tompokkan lagi untuk lapisan kedua seperti lapisan pertama tadi dan kukus lagi 10 minit.

Lakukan kaedah yang sama untuk lapisan seterusnya sehingga semua adunan habis digunakan. Untuk lapisan yang akhir kukuskan selama 20 minit.

Angkat dan sejukkan sebelum dipotong.
Selamat mencuba, kalau ada yang dah buat, boleh lah share feedback di ruangan comment 😍

Credit Recipe to: Unknown
p/s: Seandainya ada yang tahu credit untuk siapa, boleh share di ruangan comment. Selamat mencuba semua :)
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • Hide & Seek
  • When you say i love you..
  • 10 Spring Cleaning Tips for Your Windows PC
  • Bitwarden vs. KeePass: Which Is the Best Open-Source Password Manager?
  • Amalan Istimewa Untuk Bakal Pengantin ^^
  • 3 Tips To Conquer Procrastination
  • Selepas 6 Tahun Pemergian Tuan Guru Nik Aziz
  • How to Check How Much iCloud Storage You Have Left
  • "At the end of my life when I'm looking back - what do I want to be able to say about myself and my life?"
  • How to Fix “Start, Taskbar, and Action Center” Accent Color Grayed out on Windows 10

Categories

  • BABY 2
  • Benci kata cinta 1
  • DIARY 44
  • IT HACK 19
  • LIFE HACK 37
  • MONEY MAGNET 4
  • MOTIVATION 29
  • MOVIES 3
  • NEWS 8
  • RECIPES 11
  • REVIEW 1
  • TRAVEL 1

Followers

Advertisement

Owned Copyright. Powered by Blogger.

VISITORS

blog counter
seedbox vpn norway

VISITORS

Flag Counter

Search My Post

ARCHIVE DIARY

  • ►  2024 (12)
    • ►  Dec (2)
    • ►  Aug (1)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (7)
  • ►  2023 (3)
    • ►  Oct (2)
    • ►  Sep (1)
  • ►  2022 (1)
    • ►  Mar (1)
  • ►  2021 (31)
    • ►  Dec (1)
    • ►  May (5)
    • ►  Apr (13)
    • ►  Mar (3)
    • ►  Feb (8)
    • ►  Jan (1)
  • ▼  2020 (24)
    • ▼  Nov (4)
      • HOSPITAL GAZA BERADA DALAM SITUASI KRITIKAL..TIDAK...
      • SYRIA & YAMAN ANTARA 16 NEGARA BERDEPAN RISIKO KEB...
      • MERAIKAN WARGA SABAH DENGAN BANTUAN DARI PARA PENY...
      • TATKALA DUNIA SEDANG MENUNGGU KEPUTUSAN PILIHANRAY...
    • ►  Oct (1)
      • 21 Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew
    • ►  Sep (6)
      • Solat Tahiyat Masjid
      • Resepi Kek Masam Manis Untuk Minum Petang
      • Resepi Mee Sup Siam Kaw-Kaw Sedap
      • Resepi Kuih Talam Ubi Kayu
      • Resepi Kuih Telaga Emas
      • Resepi Nasi Ayam Penyet
    • ►  Aug (1)
      • Andai saja (Part 1)
    • ►  May (9)
      • My thoughts and marriage. Part 1
      • Moratorium - Updated 5 Mei 2020
      • Halotelco Simkad Revolusi Data Terbaik !
      • The Witch: Part 1 The Subversion (2018)
      • Guests (2019) Russian
      • Dangerous Lies (2020)
      • Resepi Ayam Geprek Pijar Bibir
      • Resepi Kek Pisang Coklat Menggunakan Periuk Nasi
      • Resepi Homemade Chicken Nuggets
    • ►  Apr (3)
      • Resepi Kerang Thai Style On Fire
      • Resepi Kek Marble Tapai
  • ►  2017 (1)
    • ►  Feb (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  Nov (1)
  • ►  2014 (8)
    • ►  Oct (1)
    • ►  Aug (1)
    • ►  Jul (3)
    • ►  May (3)
  • ►  2013 (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2012 (37)
    • ►  Dec (6)
    • ►  Sep (2)
    • ►  Aug (5)
    • ►  Jul (11)
    • ►  Jun (4)
    • ►  May (3)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (5)
  • ►  2011 (7)
    • ►  Dec (2)
    • ►  Aug (1)
    • ►  Mar (2)
    • ►  Feb (2)
  • ►  2010 (3)
    • ►  Dec (3)

Pages

  • My Heart Says
  • Egokah cinta
  • My Superb Backbone!
  • Exchange Links
  • Contact Me
  • Social
  • Motivation
  • Travel
  • Life's of Princess.
  • Giveaway
  • Money Magnet
  • Tips Beauty
  • Recipes
  • Download Movies
  • Halo Telco

Followers

YOUR FINANCIAL ADVISOR

YOUR FINANCIAL ADVISOR

Contact Form

Name

Email *

Message *

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates