Resepi Kek Masam Manis Untuk Minum Petang

Resepi Kuih Telaga Emas, Telaga emas, telaga besar, telaga kecil, kuih muih, resepi kuih muih, kuih tradisional, emas, kuih emas, resepi kek masam manis, asam manis, kuih asam manis

*Resepi Kek Masam Manis*

Bahan-bahan :

2 cawan biskut Marie dikisar halus (selepas dikisar mesti dapatkan 2 cawan).
1 cawan gula kastor,
1 cawan planta (marjerin pelangi),
5 biji telur gred C,
3 sdb susu pekat,
1 sdt baking powder,
1 sdt esen vanilla,
Asam manis,
Haw flakes,
2 pewarna hijau dan kuning.

Cara-cara :

1. Campurkan planta dan gula hingga sebati dan putih.
2. Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji dan putar lagi hingga kembang.
3. Kemudian masukkan biskut marrie yang sudah dikisar halus diikuti susu pekat, baking powder dan esen vanila.
4. Gaul guna senduk kayu@spatula.
5. Jika sudah sebati, bahagikan dua. Bubuh warna, gaul sebati.
6. Untuk letak kek guna bekas plastik tahan panas 6×6. Sudukan setiap lapisan 5 sudu.
7. Panaskan kukusan. Air haruslah banyak.
8. Bubuh hijau dulu, ratakan.
9. Susun asam manis.
10. Kukus lapisan tadi 5 minit.
11. Ulang semula langkah demi langkah sampai adunan habis.
12. Akhir sekali, kukus selama 25-30 minit. Siap.

Credit to: Unknown
Terima kasih. Selamat mencuba, kalau ada yang dah buat, boleh lah share feedback di ruangan comment :)
 

0 Orang mengomel