TATKALA DUNIA SEDANG MENUNGGU KEPUTUSAN PILIHANRAYA AMERIKA, IS.RAEL SENYAP-SENYAP MELENYAPKAN KOMUNITI PALESTIN

Biden, trump, election, palestin, palestina, palestine, free palestine, aman palestine


#Berita #Terkini | *TATKALA DUNIA SEDANG MENUNGGU KEPUTUSAN PILIHANRAYA AMERIKA, IS.RAEL SENYAP-SENYAP MELENYAPKAN KOMUNITI PALESTIN* |

Is.rael senyap-senyap melenyapkan satu komuniti Bedoiun di utara Lembah Jordan pada 3 November, sewaktu berlangsungnya pilihanraya Presiden Amerika.  

Pada pukul 11 pagi, penduduk Khirbet Husna terkejut melihat jip tentera zio.nis I.srael, diiringi oleh beberapa buah jentolak dan jentera berantai sedang bergerak ke arah kampung tersebut.

_“Kebiasaannya, Is.rael akan memberikan amaran untuk mereka keluar dari rumah tetapi pada kali ini mereka terus masuk dan menghalau kesemua penduduk dari rumah mereka,”_ Lapor Fatima Abu Awad salah seorang penduduk di sana.

Seramai 73 orang termasuk 41 kanak-kanak telah hilang tempat tinggal mereka hasil kedurjanaan Zi.onis Is.rael.  

Lebih-lebih lagi suhu di sana semakin jatuh kerana memasuki musim sejuk.  Di mana mereka hendak tinggal selepas ini? Bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan Palestin dan seluruh dunia.

Sumber : Days of Palestine

#AmanPalestin
#10forsmiles
#alaqsawillbefree


0 Orang mengomel