~ Warna Biru ~
  • HOME
  • Download Movie
  • Travel
  • Features
    • Tips Beauty
    • MoneyMagnet
      • Fingo
      • Halo Telco
      • Dropship
    • Motivation
  • Contact Me

 

Tahu tak? Kenapa seorang ibu selalu atau mudah jadi abuser pada anak-anak dia? One of the reason yang I boleh fikirkan sekarang sebab hampir most of time, hanya si ibu yang ada bersama dengan anak-anak dia. Baik daripada buka mata sehinggalah waktu tidur diorang. Itupun kalau dapat tidur, kalau anak meragam, itu tak kena, ini tak kena, memang tak dapat lah tidur. 

Ditambah kalau ibu tu sendiri pun ada kerja hakiki atau target kerja lain yang nak dicapai. Mana nak siapkan report bagi pada atasan, mana nak kerja target KPI projek. Rumah lagi nak fikir, nak kena bersih kemas, perut sendiri lagi yang lapar, kalau hari-hari order luar, tak lalu jugak, plus harga memang mahal. anak pulak nak menyusu, yang 24 jam nak melekat je macam beruang koala. 

Semua ini makin lama akan makan mental si ibu. Bagi orang lelaki mudah, pergi kerja balik kerja, yang tahu rumah bersih, kemas, makanan ada, malam boleh have fun main game, chatting dengan kawan. Healing untuk mental katanya. Yelah, lelaki kan provider. LOL. 

Si ibu kadang susukan anak tu lah ruang nak tidur. Kalau rezeki masa tu lah anak akan tidur sekali, kalau tak ada rezeki, memang kejap aja lah layan main tidur nya. 

Benda ni makin lama selagi anak tu masih tak boleh beza betul salah, selagi tu kalau orang lelaki tak ambil action sama, memang akan mental si ibu. Memang nampaknya si ibu masih boleh berdiri tegak laksanakan tugas ni, anak tu kurniaan Allah. Allah pilih kita untuk terima kurniaanNYA. Rugilah kalau kita abaikan kurniaan dia macam tu je. 

Sebab tu kadang bila perangai anak tu terlalu menguji hati dan perasaan, memang kena banyak1,000,000+++ kali istighfar. Kalau tak istighfar, rasanya mahu dah sampai penampar jepun pada anak-anak. Dahlah deme kecil lagi. Kitanya pun kadang-kadang sikap baran tu ada balik walau dah lama buang jauh-jauh dalam laut cina selatan. 

Hmm, akhir kalam, semoga kita semua dikurniakan rasa sabar yang sangat tinggi dan dalam melayani kerenah anak kita dan jugak anak mak mertua yang tak kurang banyak jugak rewelnya sampaikan rasa macam nak refund semula kat kilang dia. -.- 

Okay, serius... semoga kita semua dikurniakan rasa sabar yang tinggi untuk menjaga apa yang kurniakan pada kita sebaik-baiknya. Ikhlaskan hati untuk tak tuntut apa-apa pada anak-anak bila diorang dah besar supaya hati kita tak tersakiti. Niatlah buat lah kerana Allah. Kalau dengan cara ni, boleh buat Allah pandang kita dengan penuh kasih sayang dan dapat redha NYA. Maka jomlah kita belajar ikhlaskan hati. 

Semoga kita semua dikurniakan jugak pasangan suami atau isteri yang sangat-sangat memahami dan mencuba untuk bertugas sama-sama baik dalam urusan rumah, urusan anak, mahupun mental pasangan masing-masing. Seandainya masih ada ruang dan masa untuk jodoh kita dan pasangan berpanjangan, semoga Allah kurniakan petunjuk dan hidayahnya untuk kita sama-sama berubah dan perbaiki diri. Tapi seandainya, dah sampai waktunya, semoga Allah permudahkan perpisahan kita dengan cara yang baik.

Marilah kita bertahan untuk episod yang seterusnya...



Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • Hide & Seek
  • When you say i love you..
  • 10 Spring Cleaning Tips for Your Windows PC
  • Bitwarden vs. KeePass: Which Is the Best Open-Source Password Manager?
  • Amalan Istimewa Untuk Bakal Pengantin ^^
  • 3 Tips To Conquer Procrastination
  • Selepas 6 Tahun Pemergian Tuan Guru Nik Aziz
  • How to Check How Much iCloud Storage You Have Left
  • "At the end of my life when I'm looking back - what do I want to be able to say about myself and my life?"
  • How to Fix “Start, Taskbar, and Action Center” Accent Color Grayed out on Windows 10

Categories

  • BABY 2
  • Benci kata cinta 1
  • DIARY 44
  • IT HACK 19
  • LIFE HACK 37
  • MONEY MAGNET 4
  • MOTIVATION 29
  • MOVIES 3
  • NEWS 8
  • RECIPES 11
  • REVIEW 1
  • TRAVEL 1

Followers

Advertisement

Owned Copyright. Powered by Blogger.

VISITORS

blog counter
seedbox vpn norway

VISITORS

Flag Counter

Search My Post

ARCHIVE DIARY

  • ▼  2024 (12)
    • ►  Dec (2)
    • ►  Aug (1)
    • ▼  Jul (1)
      • Ibu abuse anak sendiri
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (7)
  • ►  2023 (3)
    • ►  Oct (2)
    • ►  Sep (1)
  • ►  2022 (1)
    • ►  Mar (1)
  • ►  2021 (31)
    • ►  Dec (1)
    • ►  May (5)
    • ►  Apr (13)
    • ►  Mar (3)
    • ►  Feb (8)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2020 (24)
    • ►  Nov (4)
    • ►  Oct (1)
    • ►  Sep (6)
    • ►  Aug (1)
    • ►  May (9)
    • ►  Apr (3)
  • ►  2017 (1)
    • ►  Feb (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  Nov (1)
  • ►  2014 (8)
    • ►  Oct (1)
    • ►  Aug (1)
    • ►  Jul (3)
    • ►  May (3)
  • ►  2013 (1)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2012 (37)
    • ►  Dec (6)
    • ►  Sep (2)
    • ►  Aug (5)
    • ►  Jul (11)
    • ►  Jun (4)
    • ►  May (3)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (5)
  • ►  2011 (7)
    • ►  Dec (2)
    • ►  Aug (1)
    • ►  Mar (2)
    • ►  Feb (2)
  • ►  2010 (3)
    • ►  Dec (3)

Pages

  • My Heart Says
  • Egokah cinta
  • My Superb Backbone!
  • Exchange Links
  • Contact Me
  • Social
  • Motivation
  • Travel
  • Life's of Princess.
  • Giveaway
  • Money Magnet
  • Tips Beauty
  • Recipes
  • Download Movies
  • Halo Telco

Followers

YOUR FINANCIAL ADVISOR

YOUR FINANCIAL ADVISOR

Contact Form

Name

Email *

Message *

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates