~ Warna Biru ~
  • HOME
  • Download Movie
  • Travel
  • Features
    • Tips Beauty
    • MoneyMagnet
      • Fingo
      • Halo Telco
      • Dropship
    • Motivation
  • Contact Me


------>Selalu lah berdoa agar kita semua dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'. Amin...

1.  Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat.   
    
     Rasulullah s.a.w bersabda; "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La Ilaaha 
     Illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis riwayat Hakim).


2.  Ketika wafat dahinya berkeringat.


     Berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan melihat
     saudaranya yang sedang sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi)
     berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah
     bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya."
     (Hadis riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dan ath-Thayalusi dari
      Abdullah bin Mas'ud).                  

3.  Wafat pada malam Jumaat.


     Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah saw bermaksud: "Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada
     hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa 
     kubur." (Hadis riwayat Ahmad).

4.  Mati syahid di dalam medan perang.

5.  Mati dalam peperangan fi sabilillah.


     Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati 
     syahid di antara kalian? Merka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai 
     orang yang mati syahid adalah orang yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: 
     "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit." Kalangan sahabat kembali 
     bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"
     Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan
     Allah dan yang mati kerana penyakit kolera (taun), yang mati kerana penyakit perut (iaitu 
     disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dia syahid 
     dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid." 
     (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)


6.   Mati disebabkan penyakit kolera (taun).


      Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera (taun) adalah penyebab mati syahid bagi setiap
      muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7.   Mati kerana tenggelam.

8.   Mati kerana tertimpa/tanah runtuh.


      Sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak 
      kolera, kerana sakit perut, tenggelam , tertimpa runtuhan banggunan dan syahid berperang di 
      jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad).

9.   Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.


10.   Mati terbakar.


11.   Mati kerana penyakit busung perut.

12.   Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).


13.   Mati kerana mempertahankan harta daripada perompak.


        "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa 
        menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid."
        (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14.    Mati dalam membela agama dan jiwa.


         "Sesiapa mati terbunh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam 
         membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), 
         dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15.    Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah.


         Rasulullah bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah 
         lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam   
         harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan 
         juga rezekinya serta mana dari seksa kubur (fitnah kubur)."

~~~>>Dipetik dari Sumber Al-Muslimah
  
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • Hide & Seek
  • When you say i love you..
  • 10 Spring Cleaning Tips for Your Windows PC
  • Bitwarden vs. KeePass: Which Is the Best Open-Source Password Manager?
  • Amalan Istimewa Untuk Bakal Pengantin ^^
  • 3 Tips To Conquer Procrastination
  • Selepas 6 Tahun Pemergian Tuan Guru Nik Aziz
  • How to Check How Much iCloud Storage You Have Left
  • "At the end of my life when I'm looking back - what do I want to be able to say about myself and my life?"
  • How to Fix “Start, Taskbar, and Action Center” Accent Color Grayed out on Windows 10

Categories

  • BABY 2
  • Benci kata cinta 1
  • DIARY 44
  • IT HACK 19
  • LIFE HACK 37
  • MONEY MAGNET 4
  • MOTIVATION 29
  • MOVIES 3
  • NEWS 8
  • RECIPES 11
  • REVIEW 1
  • TRAVEL 1

Followers

Advertisement

Owned Copyright. Powered by Blogger.

VISITORS

blog counter
seedbox vpn norway

VISITORS

Flag Counter

Search My Post

ARCHIVE DIARY

  • ►  2024 (12)
    • ►  Dec (2)
    • ►  Aug (1)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (7)
  • ►  2023 (3)
    • ►  Oct (2)
    • ►  Sep (1)
  • ►  2022 (1)
    • ►  Mar (1)
  • ►  2021 (31)
    • ►  Dec (1)
    • ►  May (5)
    • ►  Apr (13)
    • ►  Mar (3)
    • ►  Feb (8)
    • ►  Jan (1)
  • ►  2020 (24)
    • ►  Nov (4)
    • ►  Oct (1)
    • ►  Sep (6)
    • ►  Aug (1)
    • ►  May (9)
    • ►  Apr (3)
  • ►  2017 (1)
    • ►  Feb (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  Nov (1)
  • ►  2014 (8)
    • ►  Oct (1)
    • ►  Aug (1)
    • ►  Jul (3)
    • ►  May (3)
  • ►  2013 (1)
    • ►  Jan (1)
  • ▼  2012 (37)
    • ►  Dec (6)
    • ►  Sep (2)
    • ►  Aug (5)
    • ►  Jul (11)
    • ►  Jun (4)
    • ►  May (3)
    • ▼  Apr (1)
      • 15 Tanda Kematian Mulia
    • ►  Mar (5)
  • ►  2011 (7)
    • ►  Dec (2)
    • ►  Aug (1)
    • ►  Mar (2)
    • ►  Feb (2)
  • ►  2010 (3)
    • ►  Dec (3)

Pages

  • My Heart Says
  • Egokah cinta
  • My Superb Backbone!
  • Exchange Links
  • Contact Me
  • Social
  • Motivation
  • Travel
  • Life's of Princess.
  • Giveaway
  • Money Magnet
  • Tips Beauty
  • Recipes
  • Download Movies
  • Halo Telco

Followers

YOUR FINANCIAL ADVISOR

YOUR FINANCIAL ADVISOR

Contact Form

Name

Email *

Message *

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates