Sunday, September 2, 2012

Inai oh Inai ... Apa Hukumnya ???


Bismillah and Assalammualaikum...





Nur harap semua blogger sihat walafiat selalu. Amin ... Okay, let's straight to the point . Topik kita pada hari ni adalah tentang berinai . Inai ? Yup ! Inai yang orang selalu gunakan pada rambut untuk mencantikkan dan memberi keyakinan kepada si pemakainya .

Em, confirm korang pelik kan kenapa tiba-tiba Nur nak buka topik pasal inai ni . Well , ceritanya bermula begini. Alkisah , Nur pergi jenjalan @ shopping dengan adik dekat butik mak cik google , then tetiba Nur terjumpa pasangan pengantin yang dipakaikan inai pada jari mereka . Memang cantik gila corak inai tu , sangat teliti lagi berseni woo .

Tiba - tiba , muncul angan - angan rakus dalam kepala hotak Nur untuk memakai inai time kahwin ti . Ahakz . Nampak sangat macam tak sabor nak kahwin kan ? kan ? kan ? Tapi , Nur terpikir jugak boleh ke kalau kita nak pakai inai ni ? Nak tahu apa hukumnya ??? Jom check it out ! lol !

Berinai adalah satu adat dalam bab kahwin & perhiasan yang DIHARUSKAN sebagai pewarna rambut / hiasan jari  . Dalam satu hadis Rasulullah S.A.W. ada berkata :

Daripada Ibnu Umar r.a. katanya : " Bahawasanya Rasulullah SAW mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan . Dan baginda mengutuk pembuat tatu & yang meminta ditatu . " ( Sahih Muslim )

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : " Allah mengutuk wanita yang mempergunakan ( memberikan ) rambutnya untuk ( menyambung ) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita yang lain , wanita yang membuat gambar di kulitnya ( tubuh ) dengan tusukan & wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan ( alat pengukir ) . " ( Sahih Bukhari )

Walaupun berinai diharuskan bagi wanita, lelaki dilarang memakainya kerana perbuatan tersebut menyerupai wanita . Hal ini jelas disebut dalam hadis riwayat Bukhari : " Rasulullah SAW melaknat lelaki menyerupai perempuan & perempuan menyerupai lelaki . "

Hadis riwayat Bukhari & Muslim pula menyebut : " Rasulullah SAW melarang lelaki memakai wangian Zafaran . "

Imam Nawawi menjelaskan, larangan itu kerana warnanya bukan kerana bau wanginya . Bau wangi disunatkan bagi lelaki . Hukum memakai inai bagi lelaki adalah sama dengan memakai Zafaran . Namun , bagi lelaki yag berinai disebabkan penyakit atau untuk tujuan perubatan adalah diharuskan .





Sementara itu , Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke - 88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan hukum pemakaian inai bercorak mengikut syarak . Muzakarah telah memutuskan bahawa :


  • Pemakaian inai pada kedua - dua tangan dan kaki adalah harus bagi wanita sama ada yang telah berkahwin ataupun belum selagi mana ia tidak menimbulkan fitnah. 
  • Tetapi , kadar pemakaian inai di kedua - dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja . 
  • Warna yang digunakan mestilah tidak bersifat kekal seperti tatu & mengandungi sebrang unsur yang meragukan. 
  • Mengenai pemakaian inai bercorak pada kaki dan tangan seperti ukiran daun & tumbuh - tumbuhan adalah dibenarkan , manakala corak - corak haiwan , lambang dewa - dewa , ajaran atau apa jua gambar yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang .
  • Pemakaian inai pada kedua - dua tangan dan kaki bagi lelaki pula adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan & juga untuk tujuan perubatan . 

---> Ouh , so kita dah tahu apa hukum berinai kan ? Seronok kan ? Semua boleh dalam islam asalkan tak bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak . INDAHnya ISLAM ^_^

Nota hati ^^ --->
Nur minta maaf sekiranya ada tersalah menaip dalam memberi maklumat . Mohon dibetulkan dan dimaafkan . 


2 comments:

  1. nk dapatkan baju yg menarik peplum dan byk design yg menarik blh follow kami
    ni link kami http://fashionarora-fashionarora.blogspot.com/

    ReplyDelete