*PKP341* - Selepas 6 tahun pemergian TGNA: 5 mutiara kata dari nya.
Assalamu’alaikum ...
Tahniah pada yang terpilih oleh Allah untuk dikejutkan oleh para malaikat seawal dinihari tadi, mahalnya nilai dikejutkan di waktu begitu tanpa "setkan alarm".
Bukan sengaja begitu begitu saja sebenarnya kenapa kita tiba tiba terjaga dari tidur. Mungkin terjaga sebab nak ke bilik air, sakit perut, nak buang air, terbatuk atau tersedak tiba tiba atau apa saja penyebab kepada terjaga itu, sebenarnya itu bukan sajasaja berlaku. Allah sebenarnya mengejutkan kita untuk kita menggunakan peluang itu untuk bertemu dengan Nya, jika kita tahu dan sedar untuk gunakan peluang itu.
Alangkah ruginya bila kita dikejutkan dari lena di awal pagi tapi kita tak endahkan nya. Kita hanya bangun ke bilik air dan lepas itu kembali menyambung tidur. Mungkin esok Allah kejutkan lagi tapi kita abaikan juga. Akhirnya nanti takut Allah tak kejutkan lagi. Maka, alangkah ruginya kita.
Hence, bila telah dikejutkan Allah, bangunlah, jangan teruskan tidur tanpa bangun mengerjakan suatu amalan soleh pun.
Hari ini 11 Februari 2021 dan untuk tujuan rekod, malam Jumaat 12 Februari 2015, jam 9.40 malam. Itu janji yang telah 'dipersetujui' oleh agamawan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Sang Pencipta, mengadapNya. Namun ilmu kebijaksanaan nya, terutamanya mutiara kata menyentuh perihal agama, dikenang dan akan terus diingati.
Untuk itu pagi ini, sempena dengan enam tahun pergi nya, sang agamawan yang begitu disanjungi di abad moden ini, saya terasa ingin berkongsi secangkir nasihat dari tokoh ulama bertaraf wali ini, untuk kita renungkan bersama.
"Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT sedang memantau. Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa. Tanpa keyakinan ini, manusia akan hilang 'brek'. Kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun Neraka."
- 'Bertemu Janji Allah Jilid 2.
“Jahil adalah penyakit kanser merbahaya yang menular dalam tubuh manusia. Bahayanya jahil ini boleh membawa syirik kepada Allah. Seperti mana penyakit kanser ada pencegahnya, jahil juga ada pengubat nya. Pengubat bagi penyakit jahil adalah alQuran dan Sunnah.”
- Hikam Tok Guru Siri 3 (2008)
“Kalau kita terjaga di tengah tengah malam itu, ia sebenar nya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, minta lah apa apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah."
- sayang islam (2009)
“Jika kereta rosak, mekanik yang akan membaikinya. Jika tubuh badan bermasalah, doktor akan mengubatinya. Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syariat Allah bila berdepan dengan masalah."
- Komik Tazkirah Tok Guru (2015)
"Orang yang putus hubungan dengan Tuhan seperti wau yang putus tali. Walaupun wau yang putus tali mungkin nampak hebat, ke kiri, ke kanan dan terbang tinggi ditiup angin namun itu tidak lama, ia akan jatuh. Berbanding dengan wau yang bertali, ia terkawal dengan tali yang mengikatnya. Begitu juga bandingan manusia yang putus hubungan dengan Tuhan dengan manusia yang terikat dengan Tuhan."
- Ucapan di Medan Ilmu, 12 Febuari 201
Sama sama kita renungi kata kata mutiara ini, semoga ada yang mampu kita resapi dan serapkan dalam perjalanan hidup kita menuju jalan Allah.
*Akhir kalam..*
Rujuklah ayat daripada surah
AlMuzammil 1 - 7 untuk hal hal solat malam ini.
Kita sambung lain kali pula ya berkenaan khasiat Tahajjud. Buku-buku pun ada yang cerita tentang Tahajjud dan kelebihannya. Bolehlah baca.
Akhir kata, memang benar apa yang Tok Guru pesan dalam salah satu pesanan nya. Hargailah waktu sedar di tengah malam dengan memohon kepada Allah walau sedikit. Insya Allah, lama kelamaan, kita akan ada kekuatan tunaikan Tahajjud.
Sebagai permulaan, sebelum tidur sentiasa niat dalam hati agar Allah kejutkan kita, set kan "alarm di mind" kita, pada waktu sekian sekian kita ingin bangun untuk bertemu Allah. insyaAllah.
Senoga bermanafaat.
Af fatihah di baca untuk arwah TGNA.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
WASSALAM
*NNCS*
@SeriMinang
1 Orang mengomel
We want to think of ourselves as one of many good 우리카지노 ones
ReplyDelete