Terima Kasih Awak ...


Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya semua...

Alhamdulilah pada waktu petang yang tenang ni, jari jemari Nur yang runcing ni masih lagi diberi kesempatan untuk n=menaip kepada anda semua. hehe.. Runcing ? Erk ? Runcing lah sangat... :P

Erm, tadi lepas semua saudara mara Nur buat lawatan besar-besaran ke rumah ayahandaku^^. Muncullah pulak insan yang tak terfikir pun nak jumpa. Huhu.. Iaitu jiran rumah sebelah Nur yang entah dari mana asalnya.




***********

Story tahun lepas.....

Sedang bapak ku mengemas halaman rumah, tiba-tiba... muncul kereta pacuan empat roda dengan kelajuan ala-ala kerengga di hadapan rumah aku. Bapak aku pun apa lagi, cubalah untuk beramah mesra dengan mereka. Dengan lagak yang hensem lagi bergaya lalu bapak ku pun menyapa mereka.

ayahanda : Assalammualaikum.. Cari siapa encik ??

Oghe sombong : Kereta siapa yang parking dalam rumah saya ni ?

ayahanda : Ouh, itu kereta saya tumpang parkir dekat sini. Encik tak payah risau, kami tumpang letak kereta je tapi kami dah siap tolong kemas dan potong rumput-rumput kat belakang rumah encik yang dah naik tinggi tu.

Malangnya... dengan langkah yang sombong lagi bongkak, mereka-mereka tersebut memasuki rumah kosong tu dengan riak wajah yang ketat & teramat kelat. Lagi kelat daripada rasa buah duku aku yang belum masak.

Bapak ku pun cubalah untuk menipiskan ketegangan itu dengan tersenyum simpul.

Oghe sombong : Saya nak repair balik rumah ni. Erm, saya harap encik boleh bersihkan barang-barang encik secepat mungkin sebab saya dengan family saya bakal duduk kat rumah ni.

Ayahanda : Erm, yelah.

Pastu, oghe sombong tu terus meninggalkan rumah kosong tu tanpa sedikit pun ucapan assalammualaikum dan terima kasih.




**************

Hurm, untuk bersangka baik Nur beranggapan bahawa mungkin owner rumah tu tengah dalam bad mood. Tapi, kalau difikirkan secara logiknya sebagai seorang manusia yang punya hati dan perasaan. SEHARUSNYA kita ucapkan lah terima kasih ataupun paling kurang melemparkan sedikit senyuman pada orang yang telah membantu kita.

Sebab, kadang-kadang hanya dengan satu senyuman mampu menceriakan hidup seseorang. Betul ni.. Fakta tau ! huhu.. Susah sangat ke nak senyum ? Mahal sangat ke senyuman korang ? Bukan ucapan terima kasih yang hendak Nur persoalkan kat sini TAPI adab dan budaya kita especially sebagai orang melayu yang memey terkenal dengan budi bahasa yang sopan santun. Memang sangat memalukan lebih-lebih lagi jika anda seorang yang kononnya alim bertudung & berkopiah tetapi hilang adab dan santunnya.

Okay, Nur akui .. Mungkin dalam hal ni, pihak Nur jugak bersalah sebab telah menggunakan halaman rumah mereka tanpa izin. TAPI !!! kitorang jaga, bersihkan, sapu dan kemas rumah kosong setiap kali lepas guna. Kitorang tak harapkan sangat duit mereka hanya adab & kesantunan mereka .

Malulah kita pada bangsa lain terutama Jepun yang masih mengekalkan budaya mereka walau di mana diorang berada. Kita ni yang hanya melancong dan berada kat negara sendiri pun masih berat mulut untuk ucapkan kalimat terindah ni " Terima Kasih" . Malu besar beb .. TAPI kalau bab mencaci maki, menghina. Waahh... bukan main ringan lidah berkata-kata bagaikan dipasang booster pulak kan..


senyuman comel dalam muncung ^^


---> Okay, that's all for today. Nur mohon maaf sekiranya kata-kata Nur menyinggung perasaan korang. Sorry...

2 Orang mengomel