Ego yang konyol



Aku baru sedar,

Sejak aku dengar dia dah berkahwin, 

Aku dah tak minat langsung untuk membaca novel,

Sudah tentu novel cinta,

Sejak zaman sekolah, 

Sampai ke zaman kolej,

Novel cinta peneman aku,


Setiap kali melayan bait² tulisan novel,

Sering kali aku akan bayangkan watak utama kisah itu umpama aku dan dia.


Ya, dia...

Dia yang dalam gambaranku,

Seorang yang ego dan pengecut juga,

Sebab suka tapi tak luahkan,


Bertahun lamanya aku pendam perasaan sayang tu dengan harapan suatu hari nanti dia akan luahkan.


Sehingga suatu hari,

Aku ternampak foto bahagianya,

Tapi bukan dari media sosialnya, 

Lebih tepat lagi dari kenalannya, 


Ya, kenalannya...

Kerana terlalu geram dengan dirinya yang ego bagiku,

Semua tentangnya di media,

Telah aku hapus,


Supaya tiada satu pun berita tentangnya yang dapat menembus ingatanku daripada memikirkan tentangnya,


Bahkan, hati ini juga selalu aku kunci supaya tiada insan lain yang akan hadir mengganggu kasih. 

Bersama harapan, impian bahawa suatu hari nanti, dia akan hadir di hadapan aku, dengan ikhlas, dan berterus terang bahawa dia menyukai aku dan ingin melamar aku.


Hehehehe...

Ternyata angan-angan ku terlalu konyol,

Mentah...

Entah apa lah yang aku fikirkan,

Sehingga mampu untuk memendam perasaan sedari tahun 2007 sehingga terakhir kali berita perkahwinannya tersebar ke duniaku.


Aku terkedu...

Kecewa .. juga ya..

Kerana ternyata selama ini perasaan ini cuma ilusi,

Ilusi yang berjaya membelenggu perasaan aku selama bertahun lamanya,


Ya... Benar...

Mungkin kerana kecewa,

Patah hati mungkin,

Kerana dia benar, teryata, sahih telah berjaya menjadi milik orang.


Mungkin aku yang masih terlalu ...

Entah... Perasan?

Bahawa suatu hari impian itu akan terlaksana...

Sedari itu, perasaan untuk aku membaca novel, telah aku hapuskan, supaya tiada lagi kenangan lucu, yang akan aku terkenang bila aku membaca bait² tulisan novel...


Walaupun, perasaan aku meluap² untuk membaca novel, tapi bagiku apalah gunanya kenangan dan impian itu, jika dia telah pun bahagia menjadi milik insan lain...




1 Orang mengomel

  1. Similarly, in accordance with a 우리카지노 report by Concordia University, Great Britain observed a 17

    ReplyDelete