10 Rahsia Lobak Merah


Assalammualaikum readers ^_^



Recently, tahap kerabunan Cik Ziyi makin lama, makin meningkat, takot plak den dengarnya.. huhu T_T .. Ni semua gara-gara kononnya mitos baca buku dalam gelap. Plus, baca buku dari jarak dekat. Sekali gi check up mata, hamekkk kau.. dua-dua mata den kene pakai power 200.. huhu..



Anyway, Cik Ziyi ada terbaca tentang mitos kononnya makan lobak merah boleh kurangkan tahap rabun. Actually, lobak merah ni memang bagus untuk mata bagi elak rabun malam. Ntah betul ntah idok, meh ler kite baca ni dulu :P

10 Khasiat Lobak Merah ^^

  1. Lobak merah sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.
  2. Memperbaiki masalah seksual, rabun malam & batuk yang berpanjangan.
  3. Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin & kesejukan berlebihan dari badan kita.
  4. Lobak merah sangat terkenal dengan sifat anti kanser. Kajian menunjukkan orang yang kekurangan beta karotin 2x ganda lebih mudah mendapat kanser. 
  5. Kajian mendapati lobak merah mengandungi asid folik, kumpulan vitamin B yang berkesan melawan radikal bebas (punca kanser) dalam badan kita.
  6. Lignin dalam lobak merah juga membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh untuk melawan sel-sel kanser. 
  7. Lobak merah mengandungi suksinat potash yang bersifat ubat anti hipertensi juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. 
  8. Lobak merah berupaya menyembuh luka, meningkatkan kekerapan kencing, memecahkan batu karang & daunnya dihancurkan dengan madu boleh merawat luka. 
  9. Jus lobak merah pula membantu mengurangkan sakit ketika haid.
  10. Pengambilan lobak merah dalam sajian harian juga dikatakan mampu mengurangkan kandungan gula dalam badan, mencegah gout, mengubati kencing manis, mengurangkan risiko penyakit jantung & membantu penghadaman. 

See, banyak khasiat lobak merah ni cuma Cik Ziyi payah sikit nak makan sebab rasanya yang agak kelat bagi den  >.< Selalu kalau mak den masak boh dalam sup pun, den sebolehnya akan elak daripada terambil Mr. carrot tu :P ngee~

2 Orang mengomel

  1. Try la cari alternatif Yg sama khasiat dengan Carrot. Ada tau...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alternatif lain ?? means ? buah y lain ?
      anyway, thanks kerana sudi singgah ^^

      Delete