Nikmat Syukur di dalam kotak??




Hye, Assalammualaikum guys ... ^^

Hello, everyone. A very good morning to each of you. Hihi. Sorry, ter'speaking di pagi hari lah pulak. Bak kata Stacy, Ops! Terlebih sudah :P

Alright, hari ni Nur nak share sedikit pengetahuan tentang syukur dekat you guys. Hope you guys enjoy it & learn something from that. 6_6

Here we go....



Maksud syukur dalam 3 bentuk :

1. Mengetahui semua nikmat yang Allah berikan, seperti nikmat islam, iman, & ketaatan dalam menjalankan  perintahnya. Menjadikan Allah sebagai satu-satunya tempat bergantung, berlindung dengan meyakini bahawa semua kejayaan & kemewahan dikurniakan oleh Allah.

2. Mengungkapkan rasa syukur dalam bentuk puji-pujian seperti alhamdulilah, asy-syukrulillah atau ucapan lain yang sama erti.

3. Kongsikan nikmat yang Allah kurniakan secara sama rata dengan orang lain terutama golongan yang kurang bernasib baik sama ada dengan bersedekah, infaq & menolong fakir miskin.

Untuk lebih melahirkan rasa syukur kita kepada Allah, meh ler kite membuat kotak syukur. KOTAK SYUKUR?? Apa tu? Jeng jeng jeng... hihi ^^ Jom check it out.. 


NOTA SYUKUR di dalam KOTAK SYUKUR

hihi.. tapi bukan kotak jenis camni tau ^^


Setiap hari, pastikan kita bersyukur kepada Allah s.w.t. Tapi, camna caranya ek? Ikuti aktiviti menarik ni :

1. Sediakan sebuah kotak bersaiz sederhana.

2. Tuliskan nikmat paling besar yang kita terima pada hari itu di atas sehelai kertas.

3. Lipat kertas itu & masukkan ke dalam kotak yang disediakan sambil mengucapkan lafaz hamdalah atas nikmat yang diperolehi.

Contoh: "Alhamdulilah, hari ni Allah permudahkan urusanku sehingga aku dapat menyiapkan laporan ini tepat pada masanya."

4. Tarik nafas, tenangkan diri & hayatilah nikmat yang telah berlalu itu dengan hati yang bersyukur. Jangan lupa tingkatkan ibadah sebagai tanda syukur kepada Allah.

5. Ambil masa sekali seminggu & sebulan sekali untuk membaca kembali koleksi nota syukur anda.

Jika anda dapat lakukan langkah di atas secara berdisiplin, maka anda telah mengaplikasikan ketiga-tiga unsur dalam syukur iaitu :

  • Bersyukur dengan hati
  • Bersyukur dengan lidah
  • Bersyukur dengan anggota badan.

NOTE HATI ^_^ : Libatkan ahli keluarga yang lain untuk aktiviti ini, seperti pasangan & juga anak-anak.

Menurut Imam al-Ghazali, syukur merupakan salah satu makam (darjat/stage) yang paling tinggi dari sabar, khauf (takut) kepada Allah SWT, dan lain-lain. Adapun kesyukuran itu merupakan makam yang mulia dan pangkat yang tinggi sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud dalam surah al-Nahl:114, "Dan bersyukurlah nikmat Allah, jika kamu memang hanya menyembah kepada-Nya sahaja".





SUMBER --->Solusi (46), Dimensi Syukur.


2 Orang mengomel