Pada suatu malam, Muhammad bin al-Munkadir menunaikan solat. Tiba-tiba dia menangis &tangisannya semakin lama semakin kuat.
Selesai solat, ahli keluarganya bertanya: "Apa yang menyebabkan kamu menangis?" Muhammad bin al-Munkadir cuba menjawab dengan gagap, namun beliau masih fana dalam tangisannya.
Akhirnya, keluarganya pergi menemui Abu Hazim. mereka menceritakan perkara yang telah dialami oleh Muhammad bin al-Munkadir.
Abu Hazim pergi berjumpa dengan Muhammad bin al-Munkadir. Ternyata beliau masih menangis.
Abu Hazim bertanya: "Saudaraku, apa yang menyebabkan kamu menangis? Seluruh keluargamu sangat membimbangkan keadaan kamu. Adakah terdapat orang yang telah menyakitimu atau mungkin kamu mempunyai masalah?"
Muhammad bin al-Munkadir berkata: "Hatiku cemas ketika membaca firman Allah dalam solatku."
"Apakah ayat itu?" tanya Abu Hazim.
Lalu, beliau membaca ayat ke-47 surah al-Zumar yang bermaksud: "Dan jelaslah bagi mereka azab daripada Allah yang belum pernah mereka sangkakan."
Mendengar ayat ini, Abu Hazim turut menangis hingga tangisannya kedengaran begitu kuat. Mereka berdua sama-sama menangis.
Salah seorang anggota keluarga Muhammad bin al-Munkadir berkata: "Kami memanggil tuan untuk mengubati saudara kami."
Kemudian Abu Hazim memberitahu mereka perkara yang membuat Muhammad bin al-Munkadir menangis.
Begitulah, betapa khusyuknya solat Muhammad bin al-Munkadir solat.
........................................................................................................................................
Semoga kita semua mampu melahirkan rasa kekhusyukkan dalam beribadah kepada Allah terutamanya dalam bulan ramadhan ini. Rasa khusyuk yang hadir dalam beribadah akan mampu menjadi benteng untuk mencegah perbuatan jahat.
TIPS KHUSYUK SOLAT :
- Solat di awal waktu.
- Hadirkan hati dalam solat.
- Solat secara berjemaah.
- Tumpukan mata pada tempat sujud.
- Mengambil wuduk dengan sempurna.
- Wujudkan rasa malu & takut kepada Allah.
- Berharap serta yakin Allah menerima solat & amal kita.
- Jaga makan, minum, pakaian, tempat solat supaya bersih & halal.
- Lakukan rukun solat dengan tertib. Berusaha untuk fokus dalam solat.
- Bayangkan solat kita adalah solat yang terakhir & perlulah dijadikan yang terbaik.
- Membaca dengan baik, berusaha untuk memahami bacaan & maksud dalam solat.
Note:
-Sumber Majalah Solusi
0 Orang mengomel