Suami Diracun Isteri Sendiri




Ja’dah bt. Al Asy’ath b. Qais adalah isteri kepada Hassan b. Ali b. Abi Thalib, cucunda kesayangan Rasulullah s.a.w. Ja’dah dikira bertuah kerana menjadi isteri kepada cucunda Rasulullah namun begitu ia juga telah menjadi racun. Kisahnya bermula apabila Muawiyah mahu menghapuskan Hassan supaya jawatan khalifah dapat diwariskan kepada anaknya, Yazid b. Muawiyah. Bagi menjayakan cita-citanya itu ia telah menghasud & memujuk Ja’dah serta dijanjikan dengan berbagai hadiah & wang 100 dinar.




Muawiyah juga berjanji akan mengahwinkannya dengan anaknya Yazid bila rancangan mereka telah berjaya nanti. Tawaran Muawiyah ini menjadikan Ja’dah buta hati & dengan senyap-senyap ia telah memasukkan racun ke dalam makanan suaminya itu. Akhirnya Hassan pun meninggal dunia setelah 40 hari menderita keracunan. Setelah selesai upacara pengkebumian Hassan, Muawiyah pun menunaikan janjinya kepada Ja’dah dengan memberikan wang 100 dinar.
Tetapi Ja’dah masih belum berpuas hati kerana janji Muawiyah mahu mengahwinkannya dengan anaknya Yazid belum ditunaikan. Tipu helah Muawiyah sememangnya hebat, ia tidaklah sebodoh seperti yang disangkakan. Muawiyah lalu mengirimkan sepucuk surat kepada Ja’dah yang berbunyi, “Nyawa anakku adalah terlalu mahal untukmu, kalau cucunda kesayangan Rasulullah lagi kau sanggup membunuhnya aoa lagi nyawa anakku.” Ternyata Ja’dah sudah tertipu oleh Muawiyah maka menyesallah ia sepanjang hayatnya.


2 Orang mengomel