Friday, February 18, 2011

Farizhie Fuad

"Hai, adik comel, boleh berkenalan?" usik Farizhie Fuad sambil memberikan senyuman menggoda miliknya ke arah sepasangan pelajar perempuan yang berjalan beriringan menuju ke kantin sekolah mereka. Farizhia Fuad, nama itu seakan sepadan dengan dirinya yang memiliki wajah yang tampan ala-ala pelakon hindustan, ditambah lagi dengan matanya yang menawan mampu mencairkan hati para gadis yang direnungnya.

"Ish, kau ni Rizhie sekali dua orang budak perempuan kau nak ambil. Bagilah seorang dekat aku." kata Irfan diiringi dengan gelak tawa. Mereka berdua sememangnya terkenal dengan gelaran (KUP) iaitu Kaki Usik Perempuan. Irfan yang merupakan sahabat baik kepada Rizhie sentiasa bersama umpama belangkas.

No comments:

Post a Comment